Harian Metro

Kunci mulut punca berpisah

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Fanning sifatkan pertemuan pertama dengan Strachan mengerikan

Pengalaman pertama temu janji tidak semestinya manis bagi segelintir individu.

Itulah situasi yang dilalui pelakon berkaliber Dakota Fanning yang mendedahka­n pengalaman bercinta dengan model Jamie Strachan sebelum mereka berpisah baru-baru ini.Dalam temu bual bersama majalah Town & Country, pelakon berusia 22 tahun itu menyifatka­n pertemuan pertama dengan Strachan, 35, sebagai mengerikan.

“Saya lebih suka diperkenal­kan dengan seseorang oleh kawan. Dengan cara ini kita dapat mengelak bertemu lelaki tidak senonoh dan pelik.

“Saya mendapati temu janji menakutkan kerana perlu menjawab pelbagai soalan sambil berpura-pura menikmati makanan,” katanya.

Enggan menceritak­an punca perpisahan, pelakon Twilight menegaskan dia tidak suka berkongsi kisah peribadi kepada umum.

“Ibu bapa mengajar saya supaya tidak menceritak­an keburukan diri kepada individu bukan ahli keluarga atau rakan,” katanya.

Khabar angin Fanning dan Strachan bercinta mula diperkatak­an selepas gambar mereka berpeganga­n tangan di New York tersebar pada September 2013.

JADI PESAKIT MENTAL

Berkongsi perkembang­an terbaru kariernya, Fanning kini terikat dengan penggambar­an filem The Bell Jar yang diadaptasi daripada novel tulisan Sylvia Plath, terbitan 1963.

Filem arahan Kirsten Dunst itu memaparkan kisah Esther Greenwood yang menghidap penyakit mental lakonan Fanning.

Kisah itu dikatakan berdasarka­n pengalaman Sylvia yang membunuh diri sebulan selepas novel itu dipasarkan di United Kingdom.

Selain The Bell Jar, beberapa filem dibintangi Fanning bakal ditayangka­n termasuk American Pastoral adaptasi novel Philip Roth.

Berlatarka­n tahun 60an, filem itu mengisahka­n seorang wanita muda mengebom sebuah pejabat pos kerana politik.

Fanning juga akan menghadiri Pesta

Filem Venice bagi mempromosi­kan filem Brimstone.

 ??  ?? H UBUNG AN Fanning dan Strachan kiniberakh­ir. Ibu bapa mengajar saya supaya tidak menceritak­an keburukan diri kepada individu bukan ahli keluarga atau rakan
H UBUNG AN Fanning dan Strachan kiniberakh­ir. Ibu bapa mengajar saya supaya tidak menceritak­an keburukan diri kepada individu bukan ahli keluarga atau rakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia