Harian Metro

Hutan fesyen ada wifi

- DARI MUKA1

Pengunjung boleh dapatkan maklumat pokok

dengan imbas kod bar

Anda juga tidak akan terputus dengan talian Internet, malah boleh memuat naik gambar, video dan status di laman sosial pada bila-bila masa.

Hutan ini juga menjadi lokasi ‘Poke Stop’ dan

‘Gym’ dalam permainan Pokemon Go.

“Pokok pun ada rupa sendiri. Ada bentuk sendiri. Flora dan faunanya juga pelbagai dan sangat menarik untuk diteroka,” kata Pengarah Trek Events, Eddie Chan selaku pemandu pelancong alam semula jadi (nature guide) ketika kunjungan penulis ke hutan itu, baru-baru ini.

Apabila alam semula jadi bertemu teknologi, proses penerokaan akan lebih menarik dan mengujakan. Ini sekali gus mendekatka­n pengunjung dengan alam semula jadi.

Keterujaan saat menemui pokok, buah, serangga dan haiwan dan terus memuat naik ke laman sosial membuatkan pengunjung dapat segera berkongsi rakan.

Kerjasama Resort World Genting dan Treks Nature membawa alam semula jadi dengan cara bergaya antara faktor kenapa ia dinamakan ‘Fashion Forest’.

Mula dibuka pada 1997, Fashion Forest juga diberi bagi menggambar­kan haiwan dan hidupan di hutan itu sebagai ‘supermodel’ manakala pengunjung yang berjalan santai ketika menerokai hutan ini seolaholah melakukan ‘catwalk’.

Menurut Chan, Fashion Forest bagaikan medan peragaan yang menawarkan pelbagai keistimewa­an sukar diperoleh di tempat lain.

“Di sini, warna hutan berlainan, tidak hanya hijau. Flora dan faunanya juga berwarna-warni.

“Haiwan di sini juga pelbagai. Ada lima spesies burung enggang boleh dilihat di sini,” katanya.

Kemudahan Internet tanpa wayar (wiFi) yang disediakan membantu pengunjung ‘melihat lebih banyak, mengetahui lebih lanjut dan menikmati lebih banyak’ keseronoka­n secara praktikal melalui alat bantuan visual.

Memulakan penerokaan, pengunjung akan menemui lima kawasan di Fashion Forest iaitu Galeri 1, 2, 3, 4 dan 5.

Menuruni anak tangga, pemandanga­n pokok menghijau menjadi santapan mata cukup mengujakan. Di Galeri 1, pengunjung dapat melihat keindahan pokok tinggi yang mempunyai pelbagai bentuk.

“Kalau kamu perhatikan betul-betul, pokok tinggi di hadapan ini tak sama bentuknya dengan yang di belakang?” tegas Chan walaupun ia spesies yang sama.

Kerana itulah beliau menegaskan pokok juga ada rupa tersendiri.

Tidak ada nama pokok diletakkan kecuali kod bar yang boleh diimbas menggunaka­n aplikasi yang dimuat naik di telefon pintar. Sebaik diimbas, nama dan maklumat pokok berkenaan akan tertera.

Memasuki Galeri 2, lantai di kawasan itu dibersihka­n tanpa tumbuhan bagi membolehka­n pengunjung terutama kanak-kanak

 ??  ?? 1. FASHION Forest tawar penerokaan alam semula jadi dengan gaya tersendiri.
2. IMBAS kod bar yang diletakkan pada setiap pokok.
3. PERIUK kera pelbagai warna antara yang ditemui.
4. KATAK pokok berjalur empat antara yang dijumpai ketika melakukan...
1. FASHION Forest tawar penerokaan alam semula jadi dengan gaya tersendiri. 2. IMBAS kod bar yang diletakkan pada setiap pokok. 3. PERIUK kera pelbagai warna antara yang ditemui. 4. KATAK pokok berjalur empat antara yang dijumpai ketika melakukan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia