Harian Metro

20 juadah

-

oyster grill, Asian lobster, Borneo lobster, slipper lobster berharga antara RM25 hngga RM80 satu hidangan manakala untuk shellout atau seafood platter dengan mempunyai gabungan ketam, siput buluh, kupang dan lala serta nasi putih berharga RM35 untuk hidangan dua orang dan RM59 untuk empat orang.

“Dua jenis sos iaitu sos lousiana dan sos butter milk digunakan sebagai ‘adunan’ shellout iaitu campuran herba

Itali, garam, gula, bawang putih dan cili potong yang rasanya berbeza dengan shellout di tempat lain,” katanya yang berpengala­man enam tahun dalam industri perhotelan.

Bagi yang menggemari minuman herba ‘ala kampung’ boleh mencuba Ayaq Sungai Petani yang mempunyai rasa berangin dan berempah kerana mengandung­i campuran halia, bunga cengkih, bunga lawang, lemon, pudina dan serai.

Minuman pilihan lain ialah ialah samudera biru, pink peach, strawberi mo jitos, apple frizz, red devil, minuman ‘milkshake’ perasa coklat, nutella, peanut butter, red velvet dan strawberi dengan pelbagai topping.

“Saya hiasi dengan kepingan kek coklat, ais krim, marshmallo­w dan pretzel di bahagian permukaann­ya serta taburan kacang tumbuk.

“Idea menyediaka­n menu ini berdasarka­n pencarian di laman web untuk mencari kelainan dan ternyata tidak siasia kerana pelanggan begitu menggemari­nya,” kata pemegang Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan dan Perdaganga­n dari Kolej Profesiona­l MARA (KPM) Seri Iskandar, Perak.

 ??  ?? WAN Mohamad Azree
bersama hidangan yang menjadi pilihan
pelanggan.
WAN Mohamad Azree bersama hidangan yang menjadi pilihan pelanggan.
 ??  ?? STRAWBERI Freakshake yang dihiasi ais krim.
MEATBALL
STRAWBERI Freakshake yang dihiasi ais krim. MEATBALL
 ??  ?? SLIPPER lobster
SLIPPER lobster
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia