Harian Metro

Busana warisan cita rasa masa kini

- Dari muka 15

Alia enggan beralih kepada fesyen kasual lain, yakin jenama diketengah­kan mampu

menarik hati wanita

“Dari situ minat berniaga bermula. Ditambah pula dengan kegemaran suka melaram menjadikan saya sering mereka pakaian sendiri terutama yang digayakan ketika perayaan. Apabila melanjutka­n pelajaran ke kolej, saya turut menjual kain pasang kepada kawan. Mungkin kerana sifat saya sendiri yang gemar bercakap dan peramah, kain pasang habis dijual.

“Memang gembira sangat ketika itu kerana kain dan wang bertukar tangan. Baru saya rasa memegang duit sendiri. Bermula dari situ saya berazam mahu memiliki perniagaan sendiri,” katanya.

Namun hasrat Alia terpaksa dipendamka­n seketika kerana sebagai anak sulung ibunya mahu dia menjadi seorang guru yang dianggap lebih terjamin masa depannya.

Menuruti impian ibunya, Alia melanjutka­n pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Kolej Profesiona­l MARA.

“Selepas tamat pengajian saya diterima mengajar di sebuah sekolah antarabang­sa di Terengganu, namun kerenah pelajar serta kesibukan membantu ibu menguruska­n perniagaan di Kemaman, menyebabka­n saya mengambil keputusan menjalanka­n perniagaan sepenuh masa.

“Hal ini saya sampaikan kepada ibu, mulanya dia tidak bersetuju namun akhirnya akur selepas melihat saya bersungguh-sungguh merangka pelan yang saya inginkan,” katanya.

PERKENAL JENAMA MEK KEMBANG COTTON

Jelas Alia, ramai bertanya nama jenama yang diperkenal­kannya, Mek Kembang serasi dengan nama wanita pantai timur manakala cotton atau kapas pula warisan perniagaan kain sejak turun-temurun.

Walaupun jenama berkenaan bersifat kemelayuan namun bagi Alia, dia mempunyai prinsip tersendiri menggunaka­n nama ini.

Membuka butik pertama di Kuantan empat tahun lalu, walaupun bertugas sebagai guru

Alia mengakui, ia tidak menjadi masalah untuk menghasilk­an rekaan disebabkan dari kecil bergeluman­g dengan fabrik dan kain kapas. Malah dia sudah mengenali pelbagai jenis kain kapas daripada harga ratusan hingga ribuan ringgit.

 ??  ?? ALIA sanggup melepaskan jawatan sebagai guru bahasa Inggeris demi membangunk­an jenama
sendiri.
ALIA sanggup melepaskan jawatan sebagai guru bahasa Inggeris demi membangunk­an jenama sendiri.
 ??  ?? ALIA bersama kakitangan butik yang selama ini memberikan sokongan kepadanya.
ALIA bersama kakitangan butik yang selama ini memberikan sokongan kepadanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia