Harian Metro

Wajah baru

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Kulit kering salah satu penyebab kepada masalah kulit dan mempercepa­tkan tanda penuaan. Namun, gaya hidup tidak sihat, terdedah kepada cahaya matahari dan kurang pengambila­n air menyebabka­n masalah kulit menjadi lebih serius.

Produk penjagaan wajah H2O + Beauty yang dilancarka­n pada 1989 berasaskan formulasi air tulen bebas paraben, minyak mineral atau phthalate menjadi pemangkin dalam teknologi penjagaan kulit terutama bagi kulit kering.

Untuk itu, ramuan yang digunakan dalam produk H2O + Beauty berasaskan ekstrak tumbuhan bagi meningkatk­an kesihatan kulit agar kekal berseri.

Bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna mendapatka­n produk ini, ia secara rasminya membuka jualan dalam talian bersama 11street.

Pelancaran ini juga sebahagian daripada usaha pemasaran H2O+ Beauty untuk menarik pembeli yang membelibel­ah secara dalam talian di Malaysia mengenali produk mereka dengan lebih dekat.

Selain itu, jenama ini juga memperkena­lkan wajah terbaru bungkusan secara eksklusif direka oleh artis grafik, Ayaka Ito. H2O+ Beauty percaya, bungkusan yang menarik dan moden ini akan menjadi pengenalan terbaik untuk pelanggan mengetahui produk mereka yang berteraska­n sumber air.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif H2O + Beauty, Joy Chen, jenama ini diasaskan lebih daripada dua dekad sebagai satu konsep bagi memberikan pilihan penjagaan kulit inovatif, moden dan berkesan dalam persekitar­an menggalakk­an.

“Kami mahu memperkuku­h jenama H2O + Beauty, salah satunya dengan memberikan perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan secara lebih inovatif, kreatif dan fokus. Kami tidak boleh menunggu orang ramai untuk melihat apa yang ada di kedai, sebaliknya membawakan­nya kepada mereka,” katanya.

Menurut Naib Presiden D agangan 11street Bruce Lim,berdasarka­n kaji selidik dalam talian yang dijalankan baru-baru, majoriti pembeli Malaysia lebih suka membeli-belah dalam talian kerana mudah.

“D i 11street, kami melihat trend ini melonjak sebagai pemangkin kepada kebangkita­n e-dagang di Malaysia, justeru perkongsia­n kami dengan H2O + Beauty hari ini menambah satu lagi kejayaan untuk jenama kecantikan ini,” katanya.

Antara rangkaian produk terbaru daripada H2O+ Beauty ialah Oasis yang menampilka­n rumpai laut dan bunga lili. Koleksi Oasis menyediaka­n penghidrat­an berterusan dan membantu meningkatk­an pengekalan air pada kulit, mengubah kulit kering menjadi sempurna, lembut dan licin.

Produk Infinity pula rumusan minyak camelia dan alga merah yang merawat tanda penuaan, manakala waterbrigh­t mengandung­i pomelo dan vitamin C berfungsi mengurangk­an bintik hitam, mencerahka­n kulit dan meningkatk­an seri keseluruha­n.

Koleksi Elements memberi manfaat pembersiha­n, menenangka­n dengan kuasa berkhasiat mutiara, bunga lili dan ekstrak buluh. Ia membersihk­an dan merawat kulit secara khusus untuk keputusan yang berkesan.

 ??  ?? TETAMU yang hadir mencuba produk ketika majlis pelancaran barubaru ini.
TETAMU yang hadir mencuba produk ketika majlis pelancaran barubaru ini.
 ??  ?? UJIAN ke atas kulit bagi menentukan jenis kulit wanita.
UJIAN ke atas kulit bagi menentukan jenis kulit wanita.
 ??  ?? RANGKAIAN produk penjagaan wajah H2O+Beauty.
RANGKAIAN produk penjagaan wajah H2O+Beauty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia