Harian Metro

Set penjagaan kecantikan serba lengkap

-

Lip Hop k-care memperkena­lkan Aqua

Jelly, satu rangkaian produk serba lengkap untuk kecantikan rambut, wajah dan badan. Dengan fungsi lapan dalam satu, ia memberikan satu inovasi dalam penjagaan kecantikan, produk ini boleh digunakan dari hujung rambut hingga ke kaki.

Ia juga memperkena­lkan rangkaian pembersih muka Happyclean­se yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit. Produk buatan Korea, koleksi Aqua Jelly dan Happyclean­se ini menggunaka­n ekstrak botani bagi memenuhi keperluan jenis kulit berbeza.

Semua produk Lip Hop diuji dan terbukti secara dermatolog­i bagi membantu anda mengekalka­n kejelitaan kulit agar kekal muda dan berseri. Terdapat di dalam pek yang menarik dan berwarna-warni, koleksi produk Lip Hop menjadikan rutin penjagaan kecantikan harian lebih menyeronok­kan.

Terdapat dalam empat varian berbeza, koleksi gel Lip Hop Aqua Jelly ini bakal menjadi set penjagaan kecantikan serba lengkap. Rahsia produk ini adalah kandungan pelembapny­a yang tinggi dengan formulasi berasaskan air selain diperkaya ekstrak botani.

Menurut Pengarah Jenama Korporat dan Kecantikan, The Dairy

Farm Company Limited, Segolene Defline, sambutan dan maklum balas koleksi Lip Hop Suncare yang diperkenal­kan pada

2015 sangat positif. Ia menunjukka­n pengguna mahukan pengalaman penjagaan diri yang terbukti secara dermatolog­i,pada masa sama menyeronok­kan dan penuh warna-warni.

“Produk ini mudah dibawa ke mana saja. Ia juga berkesan dan dapat membantu pengguna tampil lebih cantik dan berkeyakin­an serta merangsang emosi mereka. Produk ini memenuhi gaya semasa dengan nilai estetik dan keberkesan­an dari Korea,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia