Harian Metro

Tidur dibantai pacuan 4 roda

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

“Dia tak pernah sakit, jadi saya sedih mengenangk­an dia pergi dengan cara begini,” kata Kamariah Mat Shariff, 68, mengenai adik lelakinya Mat Rasid Mat Shariff, 67, yang meninggal dunia selepas sebuah pacuan empat roda merempuh rumahnya di Jalan Sungai Dua, Permatang Pasir di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, Mat Rasid yang tidur di atas sofa di tingkat bawah rumah maut akibat cedera parah di kepala kesan rempuhan kereta berkenaan.

Kamariah berkata, mereka mempunyai 13 adik-beradik, namun yang masih hidup hanya empat orang dan selepas kematian Mat Rasid, hanya tinggal tiga beradik.

“Kini tinggal kami tiga beradik perempuan kerana arwah adalah adik tunggal lelaki yang masih hidup namun kini dia sudah tiada.

“Saya tak menyangka dia maut dengan keadaan begini kerana sebelum ini, dia sihat dan tidak pernah menghidap penyakit kronik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia tinggal di Permatang Rambai di sini dan sering berjumpa arwah yang masih bujang dan bekerja sebagai tukang rumah.

Katanya, arwah disenangi penduduk kampung kerana kemahirann­ya membaiki paip bocor serta membuat rumah dan mereka sering mendapatka­n khidmatnya.

“Saya harap mereka yang terbabit dalam kemalangan ini menerima hukuman setimpal dengan apa yang dilakukann­ya,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa tidur di atas sofa di ruang tamu sebelum kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk merempuh dinding kediamanny­a.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, kenderaan pacuan empat ro-

„ Lelaki maut rumah dirempuh kenderaan

da jenis Suzuki Vitara dipandu seorang lelaki tempatan itu datang dari arah Kubang Semang menghala Sungai

Dua dan sebaik tiba di lokasi kejadian, ia terbabas lalu merempuh sebuah Perodua Viva dari arah bertentang­an.

Beliau berkata, kenderaan itu kemudian melanggar tiang sebuah kedai di bahu jalan menyebabka­n bahagian depan kedai berkenan runtuh. “Kenderaan berkenaan kemudian merempuh pula rumah mangsa menyebabka­n lelaki berkenaan maut di tempat kejadian sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

“Pemandu pacuan empat roda itu yang cedera ringan ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kubang Semang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN pacuan empat roda yang merempuh rumah Mat Rasid.
KEADAAN pacuan empat roda yang merempuh rumah Mat Rasid.
 ??  ?? MAT Rasid (gambar kecil) maut dirempuh pacuan empat roda ketika tidur dalam rumah.
MAT Rasid (gambar kecil) maut dirempuh pacuan empat roda ketika tidur dalam rumah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia