Harian Metro

HKL masih pantau tahap kesihatan

-

Kuala Lumpur: Tahap kesihatan kembar siam Muaiman dan Muaimin Azli, 5, masih berada di bawah pemantauan berkala Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehingga dapat memastikan mereka betul-betul kuat dari segi imunisasi dan faktor kesihatan lain.

Ketua Jabatan Bedah Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Dr Zakaria Zahari berkata, kembar siam berkenaan menunjukka­n reaksi positif terhadap rawatan dan aktiviti fisiologi sepanjang pemantauan selepas dipisahkan pada 14 Julai 2012.

“Kita juga dapati Muaiman dan Muaimin pulih lebih cepat daripada jangkaan selepas pembedahan pemisahan dan ini petanda baik untuk mereka meneruskan kehidupan apabila berada di rumah.

“Namun, bukan saja Muaiman dan Muaimin, malah setiap kembar siam masih perlu hadir ke hospital bagi rawatan susulan sekali sebulan untuk mengenalpa­sti sebarang komplikasi tidak disedari atau tersembuny­i selepas pembedahan,” katanya.

Mengetuai pembedahan pemisahan kembar siam Muaiman dan Muaimin, Dr Zakaria akui pembedahan itu adalah yang diingati kerana kejayaan itu jadi titik tolak kemajuan

“Malah, saya juga perlu memilih siapa yang akan memiliki saluran kencing. Jadi, tiada ayat yang boleh menggambar­kan bagaimana perasaan saya untuk melakukan keputusan sukar ini,” katanya.

Menurutnya, dia sedaya upaya mengajar anak kembarnya itu menguruska­n diri sendiri supaya boleh berdikari dengan keadaan yang kurang sempurna berbanding bidang perubatan negara.

“Proses memisahkan Muaiman dan Muaimin sangat rumit, hampir semua tenaga pakar di jabatan kami, dari kepakaran paediatrik, pembedahan plastik dan tulang digembleng dan prosedur itu juga ambil masa hampir 24 jam untuk diselesaik­an.

“Pada ketika itu saya tidak ambil peduli sama ada kejayaan pembedahan memisahkan Muaiman dan Muaimin mendapat pengiktira­fan atau tidak kerana keselamata­n mereka adalah lebih penting,” katanya.

Katanya, sokongan emosi dan moral daripada keluarga terdekat sememangny­a diperlukan kembar siam yang berjaya dipisahkan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kekurangan anggota badan.

“Sejak berjumpa dengan Muaiman dan Muaimin, saya anggap mereka seperti anak sendiri kerana saya menyaksika­n mereka bercantum, kemudian melalui proses pemisahan sehinggala­h kini masih dirawat saya.

“Memang saya tidak boleh lupa sampai bila-bila bagaimana rumitnya pembedahan semasa memisahkan mereka kerana nyawa mereka yang baru berusia 15 bulan ketika itu menjadi pertaruhan di tangan pakar yang terbabit,” katanya.

kanak-kanak seusianya.

“Saya sentiasa menganggap ujian diberikan Allah SWT kali ini sebagai kekuatan kepada kami tanpa mengira kekurangan mereka.

“Apa yang lebih penting memastikan kembar dapat menyesuaik­an diri dengan kekurangan mereka sebaik mungkin biarpun kami masih belum mampu membeli kaki palsu bagi kegunaan Muaimin yang dianggarka­n berjumlah RM20,000,” katanya.

Berbekalka­n upah suami menoreh getah sebanyak RM600 sebulan, mereka sekeluarga cuba meminimumk­an perbelanja­an rumah supaya keperluan lima anak dapat dipenuhi.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n bantuan kaki palsu kepada Muaimin boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang ke akaun CIMB Nazilah, 7040580951.

“Saya hanya mahu pastikan anak kembar sihat kerana jika mereka sakit, saya orang yang paling tidak senang duduk. Keresahan menunggu anak di luar pintu bedah lima tahun lalu pun masih tidak dapat dilupakan.

“Namun saya percaya, anak kembar inilah yang akan menjaga kebajikan saya dan suami apabila sudah tua,” kata Nazilah.

Sementara itu, Azli berkata, dia tidak menyangka mimpi dialami ketika kandungan isteri memasuki lapan bulan adalah petanda dia memperoleh anak istimewa.

“Saya bermimpi menatang dua bayi menggunaka­n kedua-dua tangan, tidak seperti mimpi mendukung anak pertama setahun sebelum itu.

“Selepas isteri selamat melahirkan Muaiman dan Muaimin serta terkejut melihat keadaan mereka. Saya tidak tahu sama ada ketika itu perlu mengazanka­n mereka atau mengucapka­n kalimah syahadah, perasaan saya bercampur baur,” katanya.

Bagaimanap­un, kata Azli, dia menganggap ujian itu antara yang paling ‘ringan’ kerana anak kembarnya itu yang perlu mengharung ujian besar ketika meningkat dewasa kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia