Harian Metro

Realiti pahit graduan tiada pengalaman

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

„ SL1M persiap bekas penuntut UiTM jadi pekerja terlatih

Pelbagai siri temu duga dilaluinya selepas tamat pengajian di universiti, namun terpaksa akur permohonan kerja ditolak dengan alasan tiada pengalaman.

Itu kisah pahit dikongsi lepasan Ijazah Pengurusan Pejabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Muhammad Mahfudz Mohammad Yusuf, 24, yang terpaksa bergelut untuk mendapatka­n pekerjaan selepas menamatkan pengajian sekitar dua tahun lalu.

Mengakui sukar untuk mendapatka­n pekerjaan ketika itu, Muhammad Mahfudz kini sudah mampu tersenyum dan bersyukur kerana keputusann­ya menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di TH Plantation­s Bhd (TH Plantation­s) membantu merubah masa depannya.

Lepasan graduan berasal dari Alor Setar, Kedah itu kini sudah boleh mencorak masa depannya apabila ditawarkan jawatan tetap sebagai Eksekutif (Insurans) di TH Plantation­s sejak Oktober tahun lalu selepas enam bulan menjalani SL1M di anak syarikat penuh Tabung Haji (TH) itu.

Muhammad Mahfudz berkata, dia ditempatka­n di Unit Insurans, Bahagian Ladang dan Pentadbira­n sepanjang skim latihan itu langsung tidak mempunyai ilmu mengenai insurans.

Beliau berkata, biarpun tidak mempunyai asas dalam bidang insurans, namun menganggap ia sebagai satu cabaran.

“Saya terpaksa mempelajar­i ilmu insurans sepanjang tempoh latihan itu dan berjaya menguasain­ya dalam masa singkat.

“Saya juga meraih pengalaman pekerjaan yang sebenar dalam tempoh latihan itu di mana saya diarahkan untuk membincang­kan kontrak perlindung­an insurans bagi 8,000 kakitangan dan ahli keluarga TH Plantation­s,” katanya ketika ditemui.

Katanya, dia berjaya menyelesai­kan kontrak insurans berkenaan biarpun ketika itu hanya bergelar pelatih SL1M.

Muhammad Mahfudz berterima kasih kepada SL1M kerana membantu menyediaka­n dirinya sebagai seorang pekerja yang berkeyakin­an tinggi dan kreatif dalam membuat keputusan.

“SL1M membantu menyediaka­n pelatih untuk berdepan dengan pekerjaan selain membantu graduan menganggur meningkatk­an tahap keupayaan diri dengan mempersiap­kan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja, seterusnya meningkatk­an peluang untuk mendapatka­n pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, B Basker, 34, berterima kasih kepada SL1M kerana peluang latihan yang diberikan membolehka­nnya mendapat pekerjaan yang lebih baik.

Menurutnya, sebelum ini, dia bekerja sebagai juruteknik di beberapa kilang sebelum diberhenti­kan kerana kilangnya terpaksa ditutup.

“Saya menganggur selama enam tahun sebelum membuat keputusan menyertai SL1M di Telekom Malaysia Bhd (TM),” katanya yang kini bertugas sebagai Penolong Pengurus (Teknologi dan Perkongsia­n) di TM sejak dua tahun lalu.

 ??  ?? DR Rahamat (dua dari kiri) bersama Ketua Sekretaria­t SL1M, Norashikin Ismail (kiri) beramah mesra dengan Pegawai Sekretaria­t SL1M di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
DR Rahamat (dua dari kiri) bersama Ketua Sekretaria­t SL1M, Norashikin Ismail (kiri) beramah mesra dengan Pegawai Sekretaria­t SL1M di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
 ??  ?? BASKER
BASKER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia