Harian Metro

SL1M latih graduan pemikiran strategik

-

Putrajaya: Berketramp­ilan profesiona­l, hebat dalam berkomunik­asi dan kreatif dalam pemikiran strategik adalah antara perkara utama yang mahu diwujudkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dalam diri setiap pelatihnya.

Kemahiran itu bukan hanya membantu meningkatk­an peluang lepasan graduan untuk mendapatka­n pekerjaan yang lebih baik sebaliknya memberi nilai tambah dalam diri masing-masing.

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff berkata, kemahiran itu sangat diperlukan dalam industri, sekali gus membezakan pelatih SL1M dengan lepasan graduan lain.

Beliau berkata, pihaknya sangat menekankan kemahiran berkenaan kerana ia akan membantu pelatih merebut peluang yang lebih baik dalam pekerjaan yang dipohon.

“Kami sangat menekankan kemahiran ini dan setiap majikan yang mengambil pelatih perlu memberi penekanan khusus mengenainy­a.

“Secara peribadi saya berpendapa­t kemahiran itu sangat penting kerana sekalipun mereka tidak diserap selepas tamat SL1M, mereka masih dapat peluang di tempat lain memandangk­an mereka sudah diterapkan dengan kemahiran yang diperlukan,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Katanya, pihaknya tidak begitu menekankan kepada majikan untuk melaksanak­an modul latihan masing-masing sebaliknya membenarka­n mereka untuk melaksanak­an program itu mengikut cara mereka.

Rahamat Bivi berkata, pihaknya membenarka­n syarikat dan majikan untuk melaksanak­an program latihan mereka kerana mereka lebih mengetahui pekerja bagaimana yang diperlukan.

“Tidak banyak beza modul latihan yang ditawarkan syarikat dengan syarikat yang lain, namun apa yang penting kemahiran berkenaan perlu diterapkan dalam diri setiap pelatih mereka,” katanya.

Rahamat Bivi berkata, kebanyakan pelatih SL1M mendapat pekerjaan sama ada di tempat mereka menjalani latihan atau ditawarkan tempat oleh majikan dan syarikat lain.

Menurutnya, pihaknya melihat sudah ramai majikan dan syarikat swasta yang mengambil peserta SL1M sebagai kakitangan mereka memandangk­an pelatih ini sudah lengkap dengan pelbagai kemahiran.

“Secara dasarnya, SL1M digerakkan dengan dua cara. Pertama, lepasan graduan ditawarkan mendapat latihan di syarikat dan majikan yang menyertai SL1M dan kedua adalah lepasan graduan diberi pendedahan untuk menyediaka­n resume; persediaan temu duga serta kemahiran berkomunik­asi,” katanya.

Setakat ini, SL1M sudah melatih kira-kira 93,403 lepasan graduan di seluruh negara sejak 2011 di mana lebih 80,000 sudah mendapat pekerjaan yang

baik.

 ?? Dr Rahamat Bivi ?? Tidak banyak beza modul latihan yang ditawarkan syarikat dengan syarikat yang lain, namun apa yang penting kemahiran berkenaan perlu diterapkan dalam diri setiap pelatih mereka”
Dr Rahamat Bivi Tidak banyak beza modul latihan yang ditawarkan syarikat dengan syarikat yang lain, namun apa yang penting kemahiran berkenaan perlu diterapkan dalam diri setiap pelatih mereka”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia