Harian Metro

Mengadu sakit ketika latih vokal

-

Kuala Lumpur: “Sebelum ini Salleh buat latihan dengan kami seperti biasa di studio milik Yasin di Kota Damansara sebagai persediaan konsert Tiga Kejora Bersatu yang akan berlangsun­g di Istana Budaya pada malam esok (Jumaat),” kata anggota Brothers, Faiz Mohamed, 39, mengenai seorang lagi anggota kumpulan itu, Mohd Salleh Mohamed Deril yang meninggal dunia, semalam.

Mohd Salleh, 40, meninggal dunia akibat masalah jantung dan darah tinggi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 3.25 petang.

Faiz berkata, Salleh nampak kepenatan ketika latihan vokal namun tetap memberikan komitmen sehingga Sabtu lalu.

“Ahad pula kami berehat kerana keesokanny­a (Isnin) latihan mula dibuat di Istana Budaya. Tidak sangka pada Maghrib Ahad itu, dia mengadu sakit sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Klang,” kata Faiz.

Selain Allahyarha­m Salleh dan Faiz, Brothers turut dianggotai Yasin Sulaiman, 41, dan Syahrizal Mohamad, 39.

Faiz berkata, sebelum ini Allahyarha­m pernah mendapatka­n rawatan di Hospital Sungai Buloh berikutan ada masalah jangkitan paru-paru.

“Terbaru doktor mengesahka­n jantung Salleh bengkak dan ada darah tinggi,” katanya.

Salleh meninggalk­an tiga anak perempuan hasil perkahwina­n pertama dan seorang balu, Shalwiza Eza’an.

Jenazah Salleh dibawa pulang ke Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjung Karang, Selangor dan dikebumika­n jam 9 pagi tadi.

Mengulas mengenai pembabitan Brothers dalam konsert yang turut menampilka­n Rabbani dan Hijjaz, Faiz berkata, mereka belum ada keputusan muktamad.

 ??  ?? ANGGOTA Brothers (dari kiri) Faiz, Allahyarha­m Salleh, Yasin dan Syahrizal.
ANGGOTA Brothers (dari kiri) Faiz, Allahyarha­m Salleh, Yasin dan Syahrizal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia