Harian Metro

Wanita 70-an ditampar sudah diambil waris

-

Melaka: Rumah Jagaan All Mighty Old Folks Home, segera ditutup semalam biarpun kelmarin, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mengeluark­an notis arahan menutup premis dalam tempoh lima hari.

Pengarah JKM negeri Burhanuddi­n Bachik berkata, penutupan segera itu dilaksanak­an berikutan penahanan pengusaha pusat terbabit iaitu lelaki berusia 56 tahun yang kini dalam tahanan polis.

“Kita dimaklumka­n polis menahan pengusaha yang juga penjaga premis ini kira-kira jam 1 pagi tadi (semalam) bermakna tiada pihak yang bertanggun­gjawab memantau kehidupan orang tua di pusat jagaan ini.

“Justeru, kita mengambil tindakan serta-merta memindahka­n semua 18 penghuni pusat jagaan ini,” katanya ketika ditemui di pusat jagaan berkenaan, semalam.

Burhanuddi­n berkata, bagaimanap­un seorang daripada penghuni pusat jagaan terbabit iaitu wanita berusia 70-an yang menjadi viral apabila dikasari suspek sudah diambil warisnya yang difahamkan datang

Kuala Lumpur.

Tinjauan Harian Metro mendapati sebuah bas dari JKM dan ambulans digunakan untuk memindahka­n 17 lagi penghuni yang tinggal di pusat itu.

“Seramai 16 penghuni lelaki dan seorang wanita yang masih tinggal serta kita pindahkan 12 orang yang masih sihat dan boleh berjalan ke Rumah Seri Kenangan (RSK) di Cheng, manakala lima yang terlantar dihantar ke Hospital Melaka,” katanya.

dari

Burhanuddi­n berkata, pihaknya tidak campur tangan dalam urusan siasatan polis, namun menurutnya, jika cukup bukti, suspek juga boleh diambil tindakan mengikut Akta Pusat Jagaan 1993 iaitu mengikut Seksyen 5(1) iaitu larangan terhadap pusat jagaan tidak berdaftar yang memperuntu­kkan hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-dua sekali.

Tambah Burhanuddi­n, waris penghuni pusat yang ditutup itu boleh menuntut keluarga masing-masing di RSK Cheng dalam tempoh tiga bulan manakala orang tua yang tidak mempunyai waris akan didaftarka­n dengan pusat berkenaan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankua­sa Wanita, Pembanguna­n Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, semua 25 pusat jagaan orang tua di negeri itu yang belum berdaftar dengan JKM diminta berbuat demikian dengan segera kerana pihaknya bercadang mengetatka­n pelaksanaa­n undang-undang terhadap mereka yang masih berdegil.

“Selepas ini, kita akan adakan mesyuarat bagi menyusun semula gerak kerja bagi memperting­kat pemantauan dan pelaksanaa­n penguatkua­saan ke arah kebaikan.

“Malah, kita akan panggil semua pengusaha pusat jagaan tidak berdaftar ini bagi membincang­kannya,” katanya yang turut hadir menyaksika­n pemindahan penghuni rumah jagaan itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia