Harian Metro

Keluarga bersedia hadapi kemungkina­n

-

Kuala Lumpur: “Sejak kecil, saya sudah bersedia kerana mak selalu menyertai misi kemanusiaa­n di kawasan peperangan di dunia.

“Ikutkan mati di mana-mana saja, tak semestinya mak pergi sana...mungkin saya di sini pun boleh pergi dulu,” itu kata Shamil Mohd Alauddin, anak kedua Dr Fauziah Mohd Hasan.

Shamil, 31, berkata, mereka sekeluarga menerima berita mengenai penahanan haram tentera Israel ke atas kapal dinaiki ibunya, Dr Fauziah yang juga wakil tunggal Malaysia bersama 12 ahli misi Women’s Boat to Gaza (WBG) dengan reda, namun tetap mengharapk­an semuanya pulang dengan selamat.

“Memang risau sejak kapal berada dalam pelayaran 100 batu nautika terakhir untuk sampai ke Gaza, saya sentiasa ‘online’ untuk mengetahui berita mak serta status terkini kapal.

“Bila dapat tahu malam tadi (semalam), qadarullah (semua ini ketentuan Allah) sekurang-kurangnya kami tahu mereka tidak diapa-apakan.

“Apa yang kami buat, teruskan berdoa, insya-Allah semua ahli misi dibebaskan segera. Apapun kuasa Allah lebih hebat daripada dunia,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE), di sini, semalam.

Sementara itu, menurut bapanya, Prof Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, kali terakhir dia berhubung dengan isterinya yang menggalas tugas sebagai doktor di kapal Zaytouna-Olive pada Sabtu lalu.

“Isteri saya ada telefon memaklumka­n kapal itu berhenti di pulau berhampira­n Crete, Greece kerana kerosakan layar dibaiki.

“Dia cakap keadaan baik dan peserta misi bersemanga­t tinggi meneruskan perjalanan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia