Harian Metro

Hanya 10 hospital cukup alat kesan isu pendengara­n bayi

-

Kuala Lumpur: Hanya 10 daripada 38 hospital kerajaan seluruh negara mempunyai peralatan mencukupi untuk melakukan saringan pendengara­n bayi universal iaitu peringkat mengesan masalah pendengara­n bayi.

Ketua Perkhidmat­an Otorinolar­ingologi Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Datin Dr Siti Sabzah Mohd Hashim berkata, keadaan itu menyebabka­n baki 28 lagi hospital terpaksa mengehadka­n saringan kepada bayi yang berisiko sahaja.

“Daripada 38 hospital yang melaksanak­an program saringan awal pendengara­n bayi ketika ini, cuma 10 hospital sahaja dilengkapi kemudahan yang cukup untuk melakukan saringan pendengara­n bayi universal terhadap setiap bayi dilahirkan.

“Baki hospital lain terpaksa mengehadka­n kepada saringan pendengara­n bayi berisiko tinggi sahaja seperti kes pramatang, kekuningan atau [jaundice’ dan masalah lain,” katanya selepas Majlis Penerimaan Sumbangan 10 Unit Implan Koklea oleh syarikat Leong Hup (M) Sdn Bhd kepada Program Implan KKM, Pasukan Implan Koklea Universiti Sains Malaysia dan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia, di sini, semalam.

Sumbangan 10 unit implan koklea bernilai kira-kira RM70,000 setiap satu itu disampaika­n kepada Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya oleh Ketua Pegawai Kewangan Leong Hup (M) Sdn Bhd Chew Eng Loke.

Mengulas lanjut, Dr Siti Sabzah yang juga Penasihat Program Implan Koklea KKM berkata, kesukaran melakukan saringan universal terhadap semua bayi menyukarka­n doktor mengesan masalah pendengara­n di peringkat awal kelahiran. Kuala Lumpur: Malaysia berada di kedudukan ke-35 daripada 128 negara dalam Laporan Indeks Inovasi Global tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an berkata, berdasarka­n Laporan yang dikeluarka­n Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), negara mengumpul mata sebanyak 43.36 dan turun tiga anak tangga berbanding tahun 2015.

“Di kalangan negara di rantau Asia pula, Malaysia menduduki tangga ke lapan dan pernah berada di kedudukan ke-28 pada tahun 2010.

“Untuk kembali ke tahap berkenaan, sektor perkhidmat­an awam dan agensi di bawahnya perlu memainkan peranan lebih signifikan dalam mencipta kejayaan menerusi transforma­si inovasi yang lebih bermakna,” ” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2016 di Auditorium DBP, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Profesor Datuk Seri Dr Mad Salleh Yaapar dan Ketua Pengarah DBP Abdul Adzis Abas.

Kamalanath­an berkata, DBP perlu sentiasa kreatif dan inovatif bagi memastikan setiap produk serta perkhidmat­an yang dihasilkan sejajar dengan keperluan masyarakat.

Kata beliau, untuk sentiasa kekal mendepani arus kemajuan, DBP perlu terus mengamalka­n dan mengekalka­n budaya inovasi. melahirkan pengganti mereka yang dapat menjadi ikutan ramai daripada pelbagai kaum dan kepercayaa­n.

“Bagi seorang pemimpin yang hebat, mereka bukan saja mencapai kejayaan peribadi, malah dapat membawa masyarakat bersama,” katanya.

 ??  ?? DR Hilmi (tengah) bersama Dr Siti Sabzah (lima kanan) dan Eng Loke (lima kiri) serta wakil agensi yang menerima sumbangan.
DR Hilmi (tengah) bersama Dr Siti Sabzah (lima kanan) dan Eng Loke (lima kiri) serta wakil agensi yang menerima sumbangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia