Harian Metro

3 kesan buruk ketagih Internet

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

„ Budak 14 tahun ponteng sekolah hampir enam bulan untuk layari dunia maya

Enggan ke sekolah, merencatka­n pertumbuha­n dan mendapat gangguan tidur. Itu antara kesan buruk penggunaan Internet secara berlebihan iaitu lebih dari tiga jam dalam kalangan remaja di negara ini.

Mendedahka­n perkara itu, Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja Hospital Selayang Dr Norharlina Bahar berkata, akibat terlalu leka dengan Internet mereka tidak melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan termasuk ke sekolah atau bersosial dengan rakan sebaya.

“Saya ada menerima kes pelajar lelaki yang berusia 14 tahun enggan ke sekolah hampir enam bulan hanya kerana ingin melayari Internet dan hanya ke sekolah dia kali seminggu atau semata-mata untuk menduduki peperiksaa­n.

“Akibat daripada ketagihan ini, pelajar terbabit terlepas banyak perkara seperti pembelajar­an, kemahiran sosial dan perhubunga­n antara rakan sebaya, sekali gus menjadikan mereka terasing daripada dunia sebenar,” katanya selepas menghadiri Persidanga­n Tahunan Masyarakat Antarabang­sa mengenai Ketagihan Internet kali ke-5 (ISIA 2016) di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Kanan Bahagian Advokasi dan Jangkauan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Eneng Faridah Iskandar.

Dr Norharlina berkata, golongan yang cenderung menggunaka­n Internet secara berlebihan lelaki berusia 24 tahun ke bawah yang mempunyai masalah Attention Deficit Disorder (ADD) iaitu sukar memberi tumpuan dan mengawal desakan diri.

Masalah itu menyebabka­n mereka tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan, terlalu lasak, resah, suka merosakkan harta benda dan mudah mengalihka­n perhatian terhadap sesuatu perkara.

Beliau berkata, kajian mendapati pelajar menggunaka­n Internet secara berlebihan dengan purata masa sehingga lima jam sehari terutama pada hujung minggu atau tiga jam sehari pada hari biasa.

Menurutnya, kajian juga menunjukka­n majoriti mereka menggunaka­n Internet untuk melayari media sosial seperti Facebook (FB) dan mendapatka­n maklumat tertentu untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.

“Malah, 18.9 peratus daripada mereka menggunaka­n Internet untuk bermain permainan dalam talian atau memuat turun lagu dan filem dengan hampir semua mereka mempunyai akses Internet di rumah masing-masing,”katanya.

Sementara itu, beliau berkata, persidanga­n kali ini membincang­kan mengenai kepentinga­n usaha bersepadu dan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mempromosi­kan kesejahter­aan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia