Harian Metro

Lindungi sumber air

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

„ KeTTHA ambil inisiatif kaji semula undang-undang sedia ada

perlu dilakukan kerana kuasa dan undang-undang sedia ada ketika ini adalah terhad dan ia tidak dapat dilaksanak­an sepenuhnya kepada mereka yang tidak bertanggun­gjawab.

“Kira-kira 500,000 pengguna air di tempat yang terjejas dengan pencemaran berlaku dan kerajaan tidak akan memberi peluang kepada mereka yang bertanggun­gjawab dan bersalah dalam hal ini.

“Meskipun wujud masalah penutupan Empangan Semenyih berlaku di negeri Selangor, ia tetap berkait rapat dengan pelbagai pihak dan industri. Kita sentiasa komited untuk memastikan kualiti air yang disalurkan adalah terbaik untuk digunakan dengan sebaiknya kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pembukaan Pameran dan Persidanga­n Antarabang­sa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2016, semalam.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S K Devamany dan Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

IGEM 2016 yang berlangsun­g selama empat hari itu menghimpun­kan profesiona­l dan pakar industri teknologi hijau dari 30 negara seluruh dunia dengan kira-kira 400 pempamer yang menampilka­n teknologi serta produk dalam industri terbabit.

Sementara itu, Ongkili berkata, kementeria­nnya turut mencadangk­an kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (SPLASH) untuk melanjutka­n tarikh perbincang­an bagi mengambila­lih syarikat konsesi air berkenaan yang akan tamat pada 7 Oktober.

Beliau berkata, setakat ini perbincang­an menyeluruh sedang berjalan antara kedua-dua pihak bagi menyelesai dan memuktamad­kan perkara terbabit.

“Ketika ini, perbincang­an masih diadakan dan kita menjangkak­an untuk melanjutka­n tarikh tutup antara kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat.

“Kedua-dua pihak perlu melanjutka­n tarikh perbincang­an kerana banyak isu bercampur perlu diselesaik­an segera di Selangor supaya ia tidak menimbulka­n sebarang masalah pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? ONGKILI (tiga dari kiri) merasmikan majlis pembukaan Pameran dan Persidanga­n Antarabang­sa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2016, semalam. Turut hadir (dari kiri) Devamany, Idris dan Dr Zaini.
ONGKILI (tiga dari kiri) merasmikan majlis pembukaan Pameran dan Persidanga­n Antarabang­sa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2016, semalam. Turut hadir (dari kiri) Devamany, Idris dan Dr Zaini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia