Harian Metro

Pantau kilang haram

-

Putrajaya: Pemantauan lebih kerap dan penguatkua­saan lebih ketat perlu dilaksanak­an kerajaan Selangor bagi mengekang kewujudan kilang haram sepanjang Sungai Semenyih bagi mengatasi isu pencemaran sungai itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia kerana tanggungja­wab itu berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri memandangk­an kilang haram itu beroperasi di atas tanah rizab sungai di Selangor.

Katanya, sejak pencemaran pertama dikesan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah memeriksa 261 premis sah di sepanjang Sungai Semenyih untuk mengetahui dari mana punca ia berlaku.

“Pemeriksaa­n terhadap semua premis itu mendapati ia tiada masalah, yang menjadi masalah adalah kilang haram. JAS atau kementeria­n tidak boleh mengambil tindakan terhadap mereka kerana bukan di bawah bidang kuasa kami.

“Jadi, mereka yang perlu menguatkua­sakan undang-undang. Apa yang menjadi persoalann­ya kenapa kilang haram berkenaan tidak diroboh dan dibenarkan beroperasi (sehingga menjadi punca kepada pencemaran Sungai Semenyih),” katanya pada sidang media selepas melancarka­n ‘Prime Minister’s Hibiscus Award 2016/17’, semalam.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan, sebuah kilang kitar semula minyak enjin kenderaan di Sungai Lalang, Semenyih, diarah tutup serta-merta selepas dipercayai menjadi punca pencemaran bau Sungai Semenyih hingga menyebabka­n bekalan air ke empat daerah di Selangor terjejas hampir dua minggu.

Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan mengambil inisiatif dengan mengkaji undang-undang sedia ada berkaitan sistem perkhidmat­an serta pengurusan air pada masa akan datang dalam memastikan sebarang isu berkaitan dapat diselesaik­an secara cekap dan menyeluruh.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili berkata, langkah strategik itu dilihat dapat membendung semua aktiviti haram yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab yang memberi impak kepada tahap kualiti air.

Beliau berkata, pengkajian dasar serta undang-undang sedia ada di Malaysia juga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia