Harian Metro

BELUM SELAMAT

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@hmetro.com.my

Tawau

Segelintir pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung hadir seawal jam 6 pagi seperti biasa semalam kerana tidak tahu sekolah ditutup berikutan faktor keselamata­n dan kerja pengalihan bangkai helikopter Nuri masih dilakukan.

Muhammad Ajid Amirul Maheran, 16, calon ujian Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) mendapatka­n kepastian daripada kakitangan keselamata­n bertugas sebelum dimaklumka­n sekolah belum dibuka.

“Saya tiba jam 7 pagi untuk masuk semula ke asrama namun diberitahu sekolah masih tutup.

“Saya tidak tahu perkara ini dan saya difahamkan menerusi berita, sekolah dibuka semula seperti biasa hari ini (semalam),” katanya sebelum pulang.

Muhammad Ajid yang berasal dari Kampung Indera antara 317 calon PT3 yang bakal menduduki peperiksaa­n itu Isnin ini.

Tinjauan Harian Metro mendapati

„

keadaan sekolah lengang dengan hanya kehadiran guru termasuk Pengetua Matnoor Sima.

Menurut Matnoor, pelajar belum dibenarkan bersekolah akibat faktor keselamata­n.

“Bagaimanap­un, pada Isnin ini, semua pelajar boleh kembali ke sekolah seperti biasa selepas kami selesai mengenal pasti dan membuat penandaan bangunan terjejas sebagai kawasan larangan bagi tujuan keselamata­n,” katanya.

Sementara itu, bangkai helikopter

Nuri dibawa keluar dari kawasan sekolah, jam 12.45 tengah hari semalam.

Tinjauan mendapati, bangkai helikopter itu dibawa keluar dengan menggunaka­n treler selepas kerja mengalih dilakukan jam 8 pagi oleh anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bagaimanap­un, lokasi sebenar bangkai helikopter dibawa tidak diketahui.

Kerja pembersiha­n dan pengalihan bangkai helikopter bermula sejak kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.05 pagi Selasa lalu, lapan pelajar cedera manakala dua lagi trauma selepas helikopter Nuri dinaiki 13 kru terhempas di bumbung dewan sekolah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia