Harian Metro

Tiada kudrat cari rezeki

- Omar Osman am@hmetro.com.my

„ Empat beranak tinggal di rumah usang kerana kesempitan hidup

“Ini saja rumah yang saya dan suami mampu sewa dan untuk mencari rumah lebih selesa, kami tidak mampu, apatah lagi dengan keadaan suami dan saya yang kurang sempurna, ” kata Izaidah Johari, 30.

Menurutnya, disebabkan kesempitan hidup, dia dan suami, Mohd Fizni Abu Hassan, 32, yang juga orang kurang upaya (OKU) pasrah menyewa rumah usang di Kampung Haji Ibrahim, Sungai Layar dengan bayaran RM50 sebulan sejak enam bulan lalu.

Katanya, meskipun hidup dalam keadaan daif, mereka tetap berusaha menjaga dua anak lelaki berusia enam tahun dan lima bulan sebaik mungkin.

“Sebenarnya kami mempunyai lima anak, tetapi hanya dua yang dipelihara. Dua lagi diserahkan kepada ibu bapa saya dan seorang lagi diserahkan kepada kenalan kerana kami tidak mampu menyara mereka.

“Anak bongsu kami juga belum diberi nama dan tidak memiliki sijil lahir kerana belum mendaftar dengan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN),” katanya ditemui di rumahnya, semalam.

Izaidah berkata, selain bisu, suaminya yang bekerja kontrak membuat rumah dengan pendapatan RM300 turut menghidap penyakit angin pasang.

“Dalam sebulan suami hanya mampu bekerja 12 hari, tetapi mujur dia turut menerima bantuan OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan.

“Namun, duit itu tidak cukup untuk menyara kehidupan kami dengan kos sara hidup tinggi. Jadi rumah kecil ini saja yang termampu buat kami empat beranak berteduh. Saya sendiri tidak boleh bekerja kerana menghidap sawan tarik sejak kecil selain terpaksa menjaga anak yang masih kecil,” katanya.

Menurutnya, sebelum menyewa rumah berkenaan, mereka tinggal di kawasan kampung dekat Pekan Baru tetapi terpaksa berpindah kerana tidak mampu membayar sewa.

 ??  ??
 ??  ?? RUMAH yang disewa Mohd Fizni. Gambar kecil, Izaidah bersama dua anak.
RUMAH yang disewa Mohd Fizni. Gambar kecil, Izaidah bersama dua anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia