Harian Metro

‘Simen fero mainan kami’

- Hassan Omar am@hmetro.com.my

„ Gadis dibantu kakak hasil kraftangan selepas mempelajar­i teknik daripada bapanya

Meskipun jari-jemarinya halus dan tangannya tidak segagah lelaki, Siti Hajar Kasin, 22, cekap membancuh campuran pasir dan simen fero bagi menghasilk­an pelbagai jenis kraftangan.

Dia turut dibantu kakaknya Siti Aminah Kasin, 29, yang sudah berumah tangga berkata, mereka berdua serius dalam aktiviti menghasilk­an kraftangan menggunaka­n simen fero selepas mempelajar­i teknik pembuatan daripada bapanya Kasin Haron, 61.

Katanya, dia melakukan tugas itu sepenuh masa manakala Siti Aminah hanya membantu jika ada kelapangan kerana sudah berkeluarg­a selain bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di daerah ini.

Gadis itu berkata, proses menghasilk­an objek besar mengambil masa sehingga seminggu sebelum dicat menggunaka­n warna sesuai dengan konsep selain mengikut kehendak pelanggan.

Pemegang Sijil Industri Teknologi Instrumen Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) itu berkata, antara kraftangan kerap dihasilkan adalah objek kecil seperti bekas pen dan tempat habuk rokok.

Manakala objek paling besar pernah dihasilkan dua beradik itu adalah para untuk pokok anggur melilit setinggi tiga meter berharga RM1,500 ditempah seorang pelanggan dari Alor Gajah.

“Saya belajar seni ini daripada ayah sejak tahun lalu, pada peringkat awal dia memantau kerja saya lakukan bagi memastikan kraftangan dihasilkan kemas, menarik dan bermutu tinggi.

“Barangan seni kraftangan dihasilkan dipromosik­an menerusi Facebook (FB) dan Instagram. Tempahan barang bersaiz kecil dikirim menggunaka­n perkhidmat­an pos manakala objek besar pula dihantar terus ke rumah pelanggan,” katanya, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah, di sini, kelmarin.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, walaupun mempunyai tiga abang hanya dia dan Siti Aminah untuk menunjukka­n minat meneruskan perusahaan bapa mereka yang dimulakan sejak lebih 10 tahun lalu.

Sementara itu, Kasin berkata, dia berbangga kerana kedua-dua anak perempuann­ya itu sanggup bersusah-payah menimba ilmu daripadany­a untuk mewarisi seni pembuatan kraftangan berasaskan simen fero.

Kasin berkata, sebelum ini dia menjadi nelayan, namun tidak lagi turun ke laut selepas menjalani pembedahan usus, oleh itu bagi menyara keluarga dia mempelajar­i seni kraf tangan itu daripada adiknya yang juga pembekal simen fero.

“Menjadi impian saya melihat Siti Hajar dan Siti Aminah terus maju, berdasarka­n kepada kesungguha­n ditunjukka­n mereka mampu bersaing dengan pengeluar lain,” katanya.

 ??  ?? Saya belajar seni ini daripada ayah sejak tahun lalu, pada peringkat awal dia memantau kerja saya lakukan bagi memastikan kraftangan dihasilkan kemas, menarik dan bermutu tinggi”
SITI Hajar mahir menyimen untuk menghasilk­an objek daripada simen fero.
Saya belajar seni ini daripada ayah sejak tahun lalu, pada peringkat awal dia memantau kerja saya lakukan bagi memastikan kraftangan dihasilkan kemas, menarik dan bermutu tinggi” SITI Hajar mahir menyimen untuk menghasilk­an objek daripada simen fero.
 ??  ?? SITI Aminah menyusun objek simen fero yang dihasilkan­nya.
SITI Aminah menyusun objek simen fero yang dihasilkan­nya.
 ??  ?? DUA beradik tekun menghasilk­an objek seni simen fero.
DUA beradik tekun menghasilk­an objek seni simen fero.
 ??  ?? PROSES membancuh cat.
PROSES membancuh cat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia