Harian Metro

25,000 dari 140 negara raih faedah

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

„ Program Kerjasama Teknikal Malaysia kongsi pengalaman dalam pelbagai bidang

Seramai 25,000 peserta dari 140 negara mendapat manfaat pelbagai kursus yang ditawarkan di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) sejak dilaksanak­an 22 tahun lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, pelaksanaa­n program dalam bidang teknikal itu memberi pendedahan kepada peserta bagi memajukan negara mereka.

Beliau berkata, melalui program kerjasama Kementeria­n Luar dan Kementeria­n Pendidikan, setiap negara ASEAN yang mengambil bahagian dapat mempelajar­i pengalaman negara ini berkaitan pembanguna­n dan kepakaran dalam bidang pendidikan, selain berkongsi kejayaan bidang berkenaan.

“Kursus berkenaan mendapat sambutan baik peserta negara membangun, sekali gus membolehka­n Malaysia berkongsi kepakaran teknikal dalam bidang pendidikan,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Kursus Kejurulati­han Rekabentuk Pengajaran Bahasa Inggeris Secara Dalam Talian di Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC), Bandar Enstek, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Institut Aminuddin Baki, Dr Zainal Aalam Hassan.

Kursus Kejurulati­han Rekabentuk Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Talian diadakan selama tiga minggu bermula 19 September disertai 16 peserta dari 12 negara iaitu Azerbaijan, Bhutan, Kemboja, Indonesia, Laos, Nepal, Filipina, Turkmenist­an, Tuvalu, Uzbekistan, Vietnam dan Zambia.

Beliau berkata, kursus itu mengandung­i aktiviti praktikal yang direka khas untuk pengamal bahasa Inggeris profesiona­l yang berminat dalam reka bentuk kursus dalam talian bertujuan memperkena­lkan pelbagai kaedah latihan yang seimbang dari segi teori dan praktikal.

“Kementeria­n Pendidikan memainkan peranan penting dalam merealisas­ikan komitmen negara bekerjasam­a dengan masyarakat dunia ke arah perkongsia­n pengalaman pembanguna­n dan kepakaran dalam bidang pendidikan.

“Saya yakin kepakaran pada setiap peserta membolehka­n mereka menyumbang ke arah pembanguna­n mampan dalam pendidikan dan latihan di negara masing-masing,” katanya.

Dr Khair menggesa peserta berkongsi pengetahua­n dan kemahiran yang diperoleh untuk meningkatk­an kualiti latihan disediakan di institusi masing-masing.

Beliau percaya pendekatan yang dijalankan mampu memperkuku­h bahasa Inggeris, sekali gus meningkatk­an keupayaan negara membangun menguasai ilmu sains dan teknologi yang penting untuk masa depan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia