Harian Metro

Sanggup gadai nyawa

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Puluhan penunggang motosikal sanggup menggadai nyawa saban hari dengan membuat pusingan U ‘maut’ secara haram sebelum menunggang melawan arus di Jalan Genting Klang susur naik ke Lebuhraya Duta-Hulu Kelang (DUKE) menghala Ampang atau Gombak.

Tindakan berbahaya itu menjadi punca kerapnya berlaku kemalangan maut di lokasi berkenaan hampir setiap bulan.

Perbuatan itu menyebabka­n pengurusan konsesi DUKE membuat aduan kepada Jabatan Siasatan dan Perundanga­n Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) dalam usaha menangani masalah berkenaan.

Susulan itu sepasukan anggota polis JSPTKL diketuai Sarjan Mejar Ruhaizad Latip mengadakan operasi pematuhan lalu lintas ke atas penunggang motosikal yang melakukan kesalahan di laluan itu.

Ketua JSPTKL Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, siasatan pihaknya mendapati penunggang motosikal gemar membuat pusingan U secara haram sebelum menunggang melawan

„ Penunggang lawan arus mahu cepat ke tempat kerja

arus.

“Mereka (penunggang motosikal) mengambil jalan mudah dengan membuat pusingan U bagi mengurangk­an waktu perjalanan dari rumah ke tempat kerja.

“Mereka melakukan kesalahan itu dengan sedar meskipun tahu berbahaya menanti. Akibatnya ramai penunggang motosikal yang bertembung dengan kenderaan berat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, hasil tindakan penguatkua­saan semalam, pihaknya mengeluark­an 159 saman ke atas penunggang motosikal yang gagal mematuhi arahan lalu lintas di kawasan itu.

“Secara keseluruha­n 288 saman dikeluarka­n termasuk kesalahan tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftara­n tidak ikut spesifikas­i yang ditetapkan dan tiada cermin sisi.

“Tindakan penguatkua­saan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kesalahan itu tidak berulang,” katanya.

 ??  ?? POLIS memeriksa dokumen penunggang motosikal.
POLIS memeriksa dokumen penunggang motosikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia