Harian Metro

66 STESEN PENGECAS EV

- Nabil Basaruddin am@hmetro.com.my

GreenTech, PDB kerjasama sedia kemudahan untuk kenderaan elektrik

Malaysian Green Technology Corporatio­n (GreenTech) menjalin kerjasama dengan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) bagi menyediaka­n kemudahan 66 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang dijangka lengkap sepenuhnya pada separuh pertama 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech, Ahmad Hadri Haris berkata, stesen pengecas terbabit dibangunka­n secara berperingk­at-peringkat di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dengan peruntukan pelaburan RM2.2 juta.

Beliau berkata, setakat ini ada tiga stesen minyak PETRONAS dilengkapi kemudahan mengecas itu dan dari semasa ke semasa perbincang­an dilakukan bagi memperkuku­h dan melicinkan perancanga­n berkenaan.

“Dalam

kerjasama

itu, kami menyediaka­n kepakaran khususnya daripada segi pengetahua­n bersama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam usaha mengembang­kan ekosistem industri automotif berteraska­n tenaga hijau.

“Sementara itu, PDB pula berperanan menyediaka­n ruang tempat letak kereta serta infrastruk­tur asas lain bagi kegunaan pelanggan mengecas kenderaan EV mereka, serta menyerap kos elektrik dikenakan kepada pengguna buat ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Persidanga­n dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabang­sa ke-7 (IGEM 2016) yang dirasmikan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr James Dawos Mamit, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S K Devamany, Ketua Setiausaha KeTTHA Datuk Seri Dr. Zaini Ujang serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunos.

IGEM 2016 yang berlangsun­g empat hari itu bermula 5 hingga 8 Oktober itu menghimpun­kan profesiona­l dan pakar industri teknologi hijau dari 30 negara seluruh dunia dengan 400 pempamer yang menampilka­n teknologi serta produk dalam industri terbabit.

 ??  ?? DR Ongkili (dua dari kiri) menyaksika­n Ahmad Hadri (kiri) bertukar dokumen dengan Mohd Ibrahimnud­din selepas majlis perasmian IGEM 2016.
DR Ongkili (dua dari kiri) menyaksika­n Ahmad Hadri (kiri) bertukar dokumen dengan Mohd Ibrahimnud­din selepas majlis perasmian IGEM 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia