Harian Metro

Trend masa depan

-

MAI kembali anjur pameran kereta terbesar tahunan

Institut Automotif Malaysia (MAI) kembali menganjurk­an acara pameran kereta terbesar tahunan negara iaitu Malaysia Autoshow pada 10 hingga 13 November depan dengan tarikan utama iaitu pengenalan kenderaan penumpang elektrik pertama Malaysia yang dihasilkan melalui usahasama antara Beijing Auto Internatio­nal Cooperatio­n (BAIC) dan Amber Dual Sdn Bhd.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyaksika­n pelancaran beberapa kereta baru dan menikmati pelbagai tawaran eksklusif dan diskaun daripada kebanyakan jenama kereta terkemuka khusus individu yang berhasrat membeli kereta idaman masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata, acara itu adalah platform terbaik bagi mereka yang ingin membeli kereta kerana tawaran diskaun daripada pengeluar sendiri dan insentif kerajaan bagi industri automotif.

“Malaysia Autoshow juga menjadi pemangkin kepada jualan kereta dan boleh menyesuaik­an pembeli dengan bajet serta jenama kereta di mana pengunjung berpeluang menyaksika­n 70 buah kereta yang baru dilancarka­n tahun ini di bawah satu bumbung,” katanya dalam kenyataan.

Malaysia Autoshow akan berlangsun­g di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabang­sa Mines, Seri Kembangan dengan bayaran masuk sebanyak RM10 bagi dewasa manakala pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan uniform atau kad pelajar akan diberi peluang masuk secara percuma pada 10 dan 11 November.

Beliau berkata, MAI berhasrat menjadikan pameran kali ini lebih daripada acara biasa di mana ia bakal mempamerka­n trend pada masa depan dalam industri automotif terutama dalam kalangan model kenderaan cekap tenaga (EEV) terbaru.

Menurutnya, lebih daripada 100 pempamer daripada jenama kenderaan terkenal, perkhidmat­an selepas jualan dan produk aksesori akan mempamerka­n rangkaian produk masing-masing bersempena pameran selama empat hari itu.

“Pengunjung yang melakukan tempahan kenderaan penumpang ketika penganjura­n Malaysia Autoshow berpeluang untuk memenangi Kia Rio X 1.4 Sedan bernilai RM78,000 melalui peraduan Beli Kereta, Menang Rio yang ditaja oleh Naza Kia Malaysia,” katanya. TC Euro Cars Sdn Bhd (TCEC) pengedar kenderaan Renault di Malaysia melancarka­n kempen jualan untuk model Captur dengan tawaran harga yang menarik sehingga 31 Oktober 2016.

Bergaya dan praktikal, Captur menawarkan rebat sebanyak RM8,000 daripada harga jualan asas RM117,200 serta penyelengg­araan percuma selama tiga tahun atau 60,000 kilometer yang mana terlebih dahulu.

Renault Captur dikuasakan dengan enjin 1.2 liter pengecaj turbo TCe 120 baharu yang menawarkan penjimatan bahan api terbaik dengan mod ECO mencapai sehingga 5.4L setiap 100km.

Syarikat dalam kenyataann­ya berkata, sama seperti kenderaan Renault lain, Captur disekalika­n dengan jaminan pengeluar selama lima tahun dan perlindung­an konsisten ke atas alat ganti.

 ??  ?? KIA Rio X 1.4 Sedan bernilai RM78,000 untuk dimenangi melalui peraduan Beli Kereta, Menang Rio.
KIA Rio X 1.4 Sedan bernilai RM78,000 untuk dimenangi melalui peraduan Beli Kereta, Menang Rio.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia