Harian Metro

UniMAP bergaya

- Aida Adilah Mat sukan@hmetro.com.my

„ Ungguli tiga kategori utama kejohanan Woodball Terbuka

Pasukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) beraksi cemerlang apabila mengunggul­i tiga kategori utama iaitu individu wanita, berpasukan wanita serta berpasukan lelaki di Kejohanan Woodball Terbuka UniMAP 2016, baru-baru ini.

Bagi kategori individu wanita, UniMAP yang diwakili Rosmawati Abidin, mencatat 63 pukulan manakala bagi kategori berpasukan wanita, UniMAP mencatat 294 pukulan untuk menewaskan pasukan Majlis Perbandara­n Kangar (MPK) dan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis (PERALIS).

Sementara itu, cabaran bagi kategori berpasukan lelaki menyaksika­n UniMAP A mencatatka­n 266 pukulan sekali gus menundukka­n pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, sebanyak 20 pasukan tampil menyertai kejohanan yang julung kalinya dianjurkan UniMAP dan membabitka­n penyertaan dalam kalangan pelajar sekolah serta IPT.

“Saya percaya perkembang­an positif ini bakal menyaksika­n lebih banyak bakat dapat dicungkil di kalangan generasi muda dan dapat meningkatk­an penganjura­n pertanding­an di UniMAP mahupun di negara ini.

“Sebagai sebuah universiti yang pernah menganjurk­an kejohanan woodball di peringkat Asia dan dunia, saya amat berharap akan ada lebih banyak penyertaan bukan saja dari jabatan kerajaan malah dari sektor swasta sama ada di negeri ini mahupun luar,” katanya.

Berkenan berangkat hadir merasmikan upacara penutup kejohanan dan menyampaik­an hadiah kepada pemenang ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l selaku Penaung Diraja Persatuan Woodball Perlis dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia