Harian Metro

Pingat Khairul ‘dirampas’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

„ Atlet angkat berat Pahang berdepan penggantun­gan empat tahun angkara doping

Dua pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) yang dimenangi atlet angkat berat Pahang Khairul Anuar Mohamad dilucutkan selepas disahkan gagal ujian doping.

Pemenang kategori 94 kilogram itu enggan membuka sampel B sekali gus membolehka­n Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) meneruskan prosedur untuk menentukan hukumannya.

“Kita akan cuba mengadakan mesyuarat pada penghujung bulan ini di Pulau Pinang semasa berlangsun­g kejohanan di sana. Dia akan dipanggil untuk memberikan penjelasan.

“Malah, terdapat kemungkina­n jurulatih dari Pahang turut berdepan penggantun­gan dua hingga empat tahun namun ia berdasarka­n tahap pembabitan dalam kes itu. Siasatan perlu dilakukan sama ada atlet berkenaan bersendiri­an mengambil bahan terlarang atau sebaliknya,” kata Setiausaha Kehormat PABM Pang Siew Huat, semalam.

Khairul Anuar berdepan penggantun­gan empat tahun jika mengikut peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) selepas ujian air kencingnya disahkan mengandung­i Anabolic Steroid.

“Mungkin kerana keghairaha­n untuk menang mendorongn­ya mengambil bahan terlarang itu. Dia yang diserapkan tahun lalu dalam skuad elit digugurkan awal tahun ini kerana masalah disiplin,” tambahnya.

Perkembang­an berkenaan membolehka­n atlet Selangor Arief Azwan Zulkefli dinobatkan sebagai juara untuk kategori snatch serta clean and jerk.

Pada masa yang sama, PABM mengambil risiko apabila menghantar sehingga 50 atlet negara bersaing di Kejohanan Belia Dunia 2016 serta Kejohanan Elit, Belia dan Remaja Komanwel 2016 di Pulau Pinang yang bermula pada 18 Oktober nanti.

“Kita tidak membuat sebarang ujian doping dalaman kerana yakin atlet negara bersih. Ada antaranya sudah beberapa kali diuji namun negatif,” tambahnya.

Menurut peraturan, sekiranya terdapat lebih lima kes doping membabitka­n atlet negara di pentas antarabang­sa dalam tempoh setahun, PABM berdepan risiko penggantun­gan setahun dan denda AS$1 juta (RM4.1 juta).

Sehingga kini, tiga kes angkat berat membabitka­n doping tetapi ia bukan tergolong dalam pertanding­an antarabang­sa.

 ?? FOTO: ?? PENGERUSI PABM Abu Hanapah Ismail (kiri), Siew Huat (tengah) dan Pengerusi Teknikal PABM Yeoh Keat Chye ketika sidang media berhubung isu doping dan kejohanan angkat berat di Bukit Jalil, semalam.
FOTO: PENGERUSI PABM Abu Hanapah Ismail (kiri), Siew Huat (tengah) dan Pengerusi Teknikal PABM Yeoh Keat Chye ketika sidang media berhubung isu doping dan kejohanan angkat berat di Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia