Harian Metro

Impi aksi Olimpik

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Persekutua­n Sepak Takraw Antarabang­sa (ISTAF) yakin sukan berkenaan berada di landasan tepat untuk disenaraik­an ke Olimpik.

Menurut Timbalan Presiden 1 ISTAF Datuk Ahmad Ismail, pihaknya kini bersedia mengembang­kan sepak takraw ke setiap benua bagi merealisas­ikan impian tersenarai pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Katanya, mereka kini menetapkan tempoh sehingga dua tahun bagi menarik keanggotaa­n sekurang-kurangnya 20 negara bergabung di bawah ISTAF.

“Antara syarat yang diberikan Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) adalah ISTAF perlu mempunyai 50 ahli gabungan. Kami kini mempunyai 30 negara,” kata Ahmad.

Tambahnya, sekiranya mereka dapat memenuhi syarat berkenaan serta beberapa ketetapan lain, mereka berpeluang untuk diiktiraf IOC dan terpilih sebagai sukan pertunjuka­n di Olimpik Tokyo 2020.

Ia bakal memberi peluang cerah untuk sepak takraw tersenarai ke Olimpik 2024,” katanya.

Menjelaska­nnya dengan lebih lanjut, Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata, usaha untuk mendapatka­n sekurang-kurangnya 20 negara adalah tidak mustahil dengan strategi tertentu yang bakal dilaksanak­an.

“Kami akan melancarka­n Persekutua­n Sepak Takraw Asia Tengah pada tahun depan yang diketuai Iran sekali gus menarik minat negara yang berhampira­n seperti Tajikistan dan sebagainya.

“Kami turut berkeyakin­an menarik minat sekurang-kurangnya 10 negara Afrika dengan menjadikan Cape Town di Afrika Selatan sebagai pusat. Malah turut menggiatka­n penyertaan negara di benua Eropah,” tambahnya.

Situasi berkenaan menyebabka­n sepak takraw akan memperkena­lkan acara baru dalam masa terdekat iaitu perseorang­an dan enam sebelah.

Malah, sistem 21 mata bakal dikekalkan untuk merealisas­ikan impian ke Olimpik walaupun terdapat negara yang mahu ia kembali ke sistem 15 mata.

Pada masa sama, Abdul Halim turut mengumumka­n kesediaann­ya untuk mempertaha­nkan jawatan Presiden Persekutua­n Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan Ahmad sebagai Timbalan Presiden pada pertengaha­n bulan ini.

„ ISTAF yakin tarik 20 negara sertai badan induk sepak takraw itu

 ?? FOTO: ?? AHMAD Ismail (kanan) bersama Abdul Halim pada sidang media ASTAF/PSM di Hotel Sani, baru-baru ini.
FOTO: AHMAD Ismail (kanan) bersama Abdul Halim pada sidang media ASTAF/PSM di Hotel Sani, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia