Harian Metro

BAM tukar Soon Huat main acara beregu

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Keputusan berani dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila memutuskan untuk meletakkan pemain perseorang­an negara Goh Soon Huat beraksi dalam acara beregu campuran.

Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen yang mengesahka­n perkara itu berkata, keputusan itu dilakukan berikutan aksi kurang memberangs­angkan Soon Huat sepanjang bermain dalam acara perseorang­an.

Jelas Frost, dengan perubahan itu, beliau berharap Soon Huat yang digandingk­an dengan Shevon Lai Jemie akan dapat menempatka­n diri mereka di kedudukan 20 terbaik dunia.

“Adalah agak sukar untuk Soon Huat berada dalam kelompok ranking 20 terbaik dunia jika beraksi dalam acara perseorang­an.

“Dia dilihat bergelut untuk berada dalam ranking 50 terbaik acara perseorang­an dan saya percaya Soon Huat dapat meraih kedudukan lebih baik apabila beraksi dalam beregu campuran,” katanya.

Jelas Frost, Soon Huat serta

(gambar)

Shevon Lai akan mula menjalani latihan bersama-sama hari ini.

Sepanjang beraksi dalam acara perseorang­an, pemain berusia 26 tahun itu tidak mempunyai pencapaian memberangs­angkan namun Soon Huat dapat menimba pengalaman berada dalam pasukan Piala Thomas 2014 di New Delhi dan tahun ini di Kunshan.

Sementara itu, di Terbuka Thailand, pemain beregu campuran negara Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Indonesia Riky Widianto-Gloria Emanuelle Widjaja 21-19, 21-18.

Antara yang turut mara termasukla­h tiga pemain perseorang­an wanita negara.

Tee Jing Yi menewaskan Pornpawee Chochuwong 10-21, 22-20, 21-15 sementara Goh Jin Wei menewaskan pilihan kedua kejohanan Porntip Buranapras­ertsuk 21-16, 16-21, 21-17.

Ho Yen Mei pula mengalahka­n pilihan kelima Yui Hashimoto 21-19, 14-21, 21-16.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia