Harian Metro

Contohi insentif Terengganu

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemberian insentif kepada setiap jurulatih yang berjaya seharusnya berbaloi dengan apa yang diusahakan mereka kerana ia bakal menjadi pembakar semangat untuk terus mengangkat martabat sukan negara ke arah lebih tinggi.

Insentif yang diterima jurulatih di Terengganu yang berjaya menyumbang­kan emas kepada negeri itu ketika temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang lalu seharusnya menjadi contoh kepada negeri lain.

Hakikat itu diakui jurulatih berbasikal SUKMA Johor, Firdaus Daud yang berkata, pendekatan diambil Terengganu terutama dalam menjaga kebajikan setiap jurulatihn­ya wajar menjadi ikutan Majlis Sukan Negeri (MSN) yang lain.

“Bukan duit menjadi ukuran kerana kami yang bergelar jurulatih ini lebih mementingk­an sukan yang kami cintai ini.

“Bagi saya sendiri, sukan berbasikal itu nombor satu dan keluarga nombor dua. Ada kalanya saya sanggup berlapar demi untuk memberi atlet makanan.

“Jadi usaha jurulatih seharusnya dihargai kerana bukan sedikit yang kami korbankan demi mengangkat martabat sukan negara,” katanya yang turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang diperoleh oleh jurulatih Melaka, Mohd Poad Md Kassim.

Kejayaan Poad yang berjaya memimpin atlet pecut Melaka membawa pulang lima emas serta Khairul Hafiz Jantan memecahkan rekod 100m berusia 18 tahun hanya dihargai dengan RM1,000 oleh MSN Melaka.

Firdaus yang pernah bergelar atlet berbasikal negara dan berkelana di Belgium untuk satu tempoh yang lama ketika masih aktif berkata, pengorbana­n yang dilakukan jurulatih perlu diambil kira dan dipandang serius.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia