Harian Metro

Jadual padat punca longlai

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Pemain beregu utama negara Tan Wee Kiong mengaku jadual yang padat menghadiri pelbagai majlis selepas kejayaan memenangi pingat perak di Olimpik Rio menjejaska­n prestasiny­a serta gandingann­ya Goh V Shem sekali gus gagal mempamerka­n aksi terbaik di Terbuka Jepun dan Korea yang berakhir minggu lalu.

Pada dua kejohanan berstatus Super Siri itu, Wee Kiong-V Shem kandas seawal pusingan kedua di Terbuka Jepun serta di separuh akhir Terbuka Korea.

Prestasi yang kurang memberangs­angkan itu sedikit sebanyak memberi impak kepada mereka untuk melayakkan diri ke Final Siri Super Dunia di Dubai pada 14 hingga 18 Disember depan.

“Kami tidak dapat membuat persiapan rapi untuk kedua-dua kejohanan itu kerana terbabit dengan beberapa temuramah serta majlis tertentu.

“Harap situasi berbeza apabila beraksi pada Terbuka Denmark dan Perancis pula selepas ini.

“Bagi kami, Final Super Siri adalah fokus utama kami. Harap kami dapat layak ke kejohanan utama itu,” katanya.

Wee Kiong ditemui pada majlis penyerahan kerusi urut daripada OSIM Malaysia Sdn Bhd kepada setiap pemenang pingat Olimpik dan Paralimpik semalam.

Sementara itu, Wee Kiong juga berpendapa­t tugasnya serta V Shem semakin sukar kerana banyak gandingan beregu sedang meningkat naik.

“Berdasarka­n pemerhatia­n di Terbuka Jepun dan Korea, kita dapat saksikan China mempunyai gandingan muda yang sangat bagus dan berpotensi besar.

“Begitu juga dengan Indonesia manakala Denmark sememangny­a sudah mempunyai dua hingga tiga gandingan yang bagus,” katanya.

 ??  ?? WEE Kiong (kiri) dan V Shem mengakui kepenatan punca kandas di Terbuka Jepun dan Korea.
WEE Kiong (kiri) dan V Shem mengakui kepenatan punca kandas di Terbuka Jepun dan Korea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia