Harian Metro

Lima kriteria saring atlet: Jefri

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lima kriteria diletakkan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam ‘menyaring’ atlet berpotensi untuk mewakili negara ke Sukan SEA tahun depan, menyaksika­n 826 atlet disenaraik­an untuk fasa kedua program Kita Juara.

Menurut Pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN Jefri Ngadirin, fasa pertama Kita Juara selama setahun yang berakhir bulan lalu menyaksika­n 215 atlet disingkirk­an selain memasukkan 283 muka baru.

Lima kriteria itu adalah, kedudukan satu hingga 10 ranking dunia, satu hingga lapan ranking Asia, satu hingga tiga ranking Asia Tenggara, menyamai pencapaian Sukan SEA 2015 dan terakhir melepasi sasaran fasa pertama program berkenaan.

“Jika fasa pertama lebih kepada melihat persediaan atlet, fasa kedua pula tertumpu kepada persiapan atlet di mana banyak pendedahan menerusi latihan dan kejohanan luar negara diberikan kepada atlet terbabit.

“Tempoh fasa kedua lebih singkat iaitu enam bulan sebelum pemilihan fasa ketiga dilakukan jawatankua­sa pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).”

Daripada 826 atlet yang berada dalam program Kita Juara setakat ini, atlet bola sepak dan futsal menyumbang kumpulan teramai, masing-masing 60 dan 40 atlet (secara latihan berfasa) diikuti hoki dewan dan padang (72 atlet) dan kriket (52).

Berbanding 842 atlet yang diserap pada fasa pertama, seramai 543 atlet masih dikekalkan untuk fasa kedua ini.

Fasa kedua bermula September 2016 sehingga Mac 2017 manakala fasa ketiga bermula April sehingga Ogos.

Malaysia meletak sasaran muncul juara keseluruha­n Sukan SEA 2017 dan program Kita Juara diharap mampu menyediaka­n atlet negara untuk mencapai matlamat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia