Harian Metro

‘Jangan kacau’

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

„ Syahrizan tak mahu isu perpindaha­n pemain rencat fokus T-Team ke pentas final

“Usah ganggu pemain kami.” Itu peringatan Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain mengenai dakwaan beberapa pemain tonggak skuad The Titans mula dipancing pasukan kelab dan negeri untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Beliau tidak mahu pemainnya hilang fokus menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), 15 Oktober ini apatah lagi mereka ketinggala­n 1-2 selepas tewas aksi pertama di Shah Alam.

“Kami mahu semua pemain memberi fokus 100 peratus dalam aksi penting itu dan usah memikirkan tawaran daripada pasukan lain. Apa yang penting, mereka perlu pastikan The Titans layak ke pentas final buat kali pertama.

“Selain itu, kami turut harapkan pasukan yang berminat untuk mendapatka­n khidmat pemain The Titans diminta bersabar dan tidak mengganggu persiapan kami kerana majoritiny­a pemain kami masih muda dan kami tidak mahu mereka hilang fokus,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemain pasukan yang dilabel ‘Leicester City Malaysia’ itu mula dipancing pasukan lain dan antara nama yang bertiup kencang ialah pemain paling muda berusia 19 tahun Mohd Safawi Rasid yang dilaporkan bakal beraksi bersama pasukan lain musim depan.

Mengulas lanjut, Syahrizan bagaimanap­un mengaku pihak pengurusan T-Team bersikap terbuka, namun belum menerima sebarang surat rasmi daripada mana-mana pihak untuk mendapatka­n khidmat pemain The Titans musim depan.

“Walaupun isu penghijrah­an pemain sudah kedengaran, tetapi setakat ini kami belum lagi menerima sebarang surat rasmi,” katanya.

Sementara itu, kapten T-Team Mohd Hasbullah Awang lega selepas Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman yang kini memangku jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengumumka­n SSINS kekal sebagai gelanggang pertarunga­n separuh akhir kedua Piala Malaysia.

Hasbullah berkata, dia dan rakan sepasukan mengucapka­n terima kasih kepada Ahmad Razif yang begitu prihatin dan sedia mendengar pandangan pemain yang mahu beraksi di stadium keramat itu walaupun hanya mampu memuatkan 12,000 penonton berbanding Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak.

“Jika kami beraksi di SSMZA seolah-olah kami beraksi di laman lawan dan bukan laman sendiri biarpun ia mampu memuatkan jumlah penonton yang ramai kerana kami tidak biasa beraksi di stadium berkenaan,” katanya.

 ?? Mohd Syahrizan Mohd Zain ?? SAFAWI antara pemain Titans yang dikaitkan dengan perpindaha­n. Kami mahu semua pemain memberi fokus 100 peratus dalam aksi penting itu dan usah memikirkan tawaran daripada pasukan lain”
Mohd Syahrizan Mohd Zain SAFAWI antara pemain Titans yang dikaitkan dengan perpindaha­n. Kami mahu semua pemain memberi fokus 100 peratus dalam aksi penting itu dan usah memikirkan tawaran daripada pasukan lain”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia