Harian Metro

BERNHARDT LEGA

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Skuad Projek Sukan SEA 2017 kembali berada di landasan tepat untuk merampas semula ibu segala pingat pada temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun depan apabila mudah menumbangk­an skuad kebangsaan Brunei 2-0 dalam aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Meskipun agak bergelut sebelum mencatat kemenangan itu, prestasi skuad muda negara dilihat lebih baik berbanding ketika tewas di tangan pasukan Bawah 22 (B-22) tahun Bahrain dua bulan lalu yang menyaksika­n anak buah Frank Bernhardt tumbang 1-2.

Paling mencuri tumpuan pastinya penyerang Kedah Syafiq Ahmad yang wajar dijulang sebagai wira selepas meledak dua gol buat tuan rumah sekali gus melegakan kem negara.

Pasukan negara tidak menunggu lama untuk menguji kubu pelawat apabila dihadiahka­n sepakan sudut pada minit ke-13 namun percubaan N Thanabalan sekadar singgah di muka penjaga gol Brunei Wardun Yussof dan ia sedikit melegakan kubu pelawat.

Brunei yang sedang mempersiap­kan pasukan untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala AFF, 15 Oktober ini turut berpeluang mencipta jaringan tetapi serangan pantas penyerang pelawat Shah Razen sempat dihalang penjaga gol negara, Amierul Hakimi.

Jafri Firdaus Chew yang beraksi bersama Pulau Pinang dalam saingan Liga Super hampir memecah kebuntuan jaringan menerusi tandukanny­a pada minit ke-27 selepas menerima hantaran silang Syahmi Safari namun tandukan Jafri sedikit tersasar.

Memasuki masa kecederaan babak pertama, skuad kendalian Bernhardt sekali lagi memiliki peluang untuk mendahului tetapi rembatan kencang Khairil Anuar tepat menuju ke dakapan Wardun sekali gus menamatkan saingan di babak

„ Dua gol Syafiq bantu Skuad Projek Sukan SEA benam Brunei

pertama tanpa jaringan.

Bagi menajamkan jentera depan skuad negara, Bernhardt melakukan pertukaran di babak kedua dengan memasukkan Syafiq yang menggantik­an Jafri.

Ternyata congakan bekas pengendali skuad remaja Estonia itu menjadi apabila Syafiq meledak gol pertama buat skuad B-22 tahun negara menerusi tandukan selepas bijak menyambut baik sepakan percuma rakan sepasukann­ya pada minit ke-74.

Syafiq boleh dianggap sebagai duri dalam daging buat Brunei apabila dia sekali lagi merobek gawang pelawat selepas mudah memanfaatk­an sepakan sudut pada minit ke-83 hasil tandukan sekali gus menjadikan kedudukan 2-0 itu kekal hingga tamat masa penuh.

Kedua-dua pasukan dijadualka­n bertemu sekali lagi esok pada jam 5.15 petang di venue yang sama.

 ??  ?? PEMAIN B-22 Malaysia, Thanabalan (kiri) diasak Mohammad Najib Tarif dari Brunei pada aksi persahabat­an antarabang­sa.
PEMAIN B-22 Malaysia, Thanabalan (kiri) diasak Mohammad Najib Tarif dari Brunei pada aksi persahabat­an antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia