Harian Metro

Hariss mahu tebus hampa

-

Kuala Lumpur: Kekalahan dua tahun lalu di tangan Harimau Malaysia cukup perit untuk dikenang kapten Singapura Hariss Harun.

Semuanya kerana kebangkita­n saat akhir Harimau Malaysia dengan ledakan dua gol dalam masa kecederaan untuk merakam kemenangan 3-1 pada peringkat kumpulan Piala AFF di Stadium Nasional sekali gus meranapkan impian Singapura untuk melangkah ke separuh akhir.

Kali ini, kedua-dua pasukan bertemu di gelanggang yang sama dan bagi Hariss, 25, ia bukan pentas untuk mereka membalas dendam namun mengaku tidak sanggup untuk dikecewaka­n sekali lagi di laman sendiri dalam aksi persahabat­an antarabang­sa hari ini.

“Perlawanan lalu menentang Malaysia adalah pengajaran buat kami. Kami menguasai permainan ketika kedudukan 1-1, kami dalam kedudukan terbaik untuk layak, tapi kemudian kami gagal bertahan, mungkin kami naif untuk mematikan perlawanan.

“Pertemuan ini lebih kepada musuh tradisi, bukan untuk membalas dendam, masing-masing nak mengalahka­n satu sama lain. Perlawanan terakhir kami kalah, jadi penting untuk kami gunakan peluang ini sebagai persiapan ke Piala AFF.

“Walaupun aksi persahabat­an itu tak bermakna kami akan bermain dengan tahap 60-70 peratus saja sebaliknya kami akan berikan 100 peratus. Saya percaya semua pemain mahu bersaing untuk mendapatka­n tempat dalam skuad ke Piala AFF,” katanya.

Hariss bukan asing bagi pemain negara kerana pemain tengah bertahan itu beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) manakala Baihakki Khaizan dan Shahril Ishak mewakili Johor DT II.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia