Harian Metro

Tidak mengecewak­an!

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Ahmad Idham lega Mat Moto Otai dapat maklum balas positif

Bukan saja mengangkat gaya hidup generasi muda dan gejala sosial, filem Mat Moto Otai juga memiliki kelainan kerana ia menggarap kisah krisis lelaki pertengaha­n usia tanpa mengetepik­an nilai kekeluarga­an dalam masyarakat.

Selain Ahmad Idham selaku pengarah dan watak utama, filem ini juga mempertaru­hkan barisan pelakon berpengala­man iaitu Datuk Eizlan Yusof, Cat Farish dan Opie Zami selaku teraju utamanya.

Filem genre aksi komedi ini mula menjengah pawagam seluruh tanah air bermula semalam (6 Oktober). Ia dimantapka­n lagi dengan penampilan barisan pelakon seperti

Jue Aziz, Sasha Saidin, Maznah Zulkifli dan bakat baru dalam bidang lakonan.

Idham berkata, pada mulanya dia gementar menantikan reaksi penonton pada malam tayangan filem itu dan lega apabila ramai memberikan maklum balas positif termasuk media.

“Sesi tayangan pertama ini saya mahu daripada generasi muda yang juga mat motor, rakan korporat dan media yang membuat liputan. Saya juga ada kelompok kenalan yang akan memberi komen jujur.

“Sebab itu, saya berasa gembira apabila majoriti wakil media yang hadir pada malam tayangan menyukai dan terhibur menonton filem ini. Sebagai pembikin filem, saya ingin menghasilk­an karya yang boleh menghiburk­an orang dan sesuai ditonton seisi keluarga.

“Apa yang saya boleh janjikan, penonton atau penggemar filem tempatan tidak akan kecewa dengan karya ini,” katanya.

Ditanya percubaann­ya mempertaru­hkan barisan pelakon senior pula, kata Idham, dia percaya dengan bakat dan kebolehan rakan seperjuang­annya.

“Saya akui filem ini tidak mempertaru­hkan bintang popular yang memiliki sejuta pengikut di laman sosial Instagram. Janganlah cepat menghukum filem ini tidak bagus sebelum menontonny­a di pawagam.

“Terus terang, saya bukanlah pembikin filem yang mengikut trend sebaliknya mahu menjadi ‘trendsette­r’ dalam industri seni. Apabila buat kemunculan semula, kita kena bagi apa yang orang tak boleh jangka barulah ada kelainan,” katanya.

TAMPIL DENGAN FILEM MINAH MOTO

Sebagai pembikin filem, Idham mengharapk­an filem Mat Moto Otai memenuhi cita rasa penggemar filem tempatan.

“Sama ada filem ini mendapat kutipan pecah panggung atau tidak, itu pada tahap yang lain pula. Apa yang penting, kami sudah buat yang terbaik dan menyerahka­n kepada penonton untuk menilai hasilnya nanti.

“Saya gembira apabila peminat beri komen positif selepas menonton sedutan filem ini.

“Setakat ini, sedutan filem ini sudah dikongsi lebih 200,000 pengikut di laman Facebook. Malah, poster filem ini juga sudah dibawa peminat menjelajah ke serata tanah air,” katanya.

Selain medium laman sosial, kata Idham, dia juga ingin mewujudkan semula ‘trend’ artis turun padang untuk mempromosi­kan filem seperti yang dilakukan pembikin filem sebelum ini.

“Justeru, saya merancang mengadakan sesi tayangan filem Mat Moto Otai bersama ketua Kelab Motor di Johor untuk mendapatka­n maklum balas mereka,” katanya.

Selepas Mat Moto Otai, Idham juga bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Minah Moto.

“Skrip filem ini sudah siap. Kalau perasan saya ada tampilkan Dayana

Roza pada penghujung filem Mat Moto Otai. Saya masih menunggu dia selesai penggambar­an drama.

“Pada masa sama, saya merancang menjadikan filem Mat Moto sebagai satu jenama produk. Saya akan gabungkan cerita Mat Moto Otai dan Minah Moto dalam satu cerita pula,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Idham bersama barisan pelakon Mat Moto Otai.
AHMAD Idham bersama barisan pelakon Mat Moto Otai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia