Harian Metro

Gigih cungkil bakat pelapis

-

Sebagai aktivis teater dan pelakon berpengala­man,

Rosli Rahman Adam sentiasa memberi dorongan kepada generasi muda untuk bergiat aktif dalam dunia seni. Amat rugi apabila ilmu yang ada tidak diperturun­kan kepada generasi baru.

Selain aktif membintang­i drama dan filem, Rosli turut menggalas tanggungja­wab sebagai tenaga pengajar kelab teater, Dramatis Kuala Lumpur (DKL) yang ditubuhkan lebih 10 tahun lalu bagi mengasah bakat remaja dalam pementasan teater.

Baru-baru ini, DKL menganjurk­an Bengkel Seni Lakon yang menampilka­n Datuk Jalaluddin Hassan dan Rosli sendiri sebagai tenaga pengajar.

Ilmu yang dicurahkan meliputi pelbagai aspek membabitka­n persediaan lakonan dan pementasan. Pelajar turut diuji mengadakan persembaha­n ringkas dan dinilai Jalaluddin.

Kehadiran aktor hebat itu menjadi penyuntik semangat kepada pelapis muda untuk mendalami ilmu teater.

Usaha DKL wajar dipuji apabila berjaya mengumpul ramai anak muda yang bersunguh-sungguh menggali ilmu dalam bengkel berdurasi tujuh jam itu.

Rosli berkata, bengkel anjuran kali ini menggabung­kan pelajar lama yang memulakan pembelajar­an sejak Januari lalu dan pelajar baru yang hadir secara ‘walk in’.

“Pelajar ini mendalami ilmu sehingga Jun dan daripada situ saya menilai kualiti yang ada pada mereka. Sebagai pembakar semangat, saya memperkena­lkan beberapa anugerah seperti pelajar cemerlang dan pelajar terbaik.

“Dalam pada itu, saya turut menerima kehadiran 15 peserta yang mendaftar secara ‘walk in’ untuk belajar dalam tempoh masa diperuntuk­kan sekali gus menjadikan semuanya 22 peserta.

“Pelajar baru ini akan diserapkan sebagai pelajar sesi kedua bengkel anjuran DKL selepas ini. Ia perlu untuk kami terus melahirkan bakat baru yang berkualiti,” katanya.

Rosli berkata, teater berupaya membimbing penggiatny­a menjadi insan yang baik.

“Pelajar teater perlu ada disiplin yang sangat tinggi. Mereka bukan golongan hipokrit kerana menjadi diri sendiri. Alhamdulil­lah sejak DKL diwujudkan, saya sudah melahirkan ramai bakat baru yang menyerlah di pentas teater,” katanya.

Sambungnya lagi, silibus yang diperkenal­kan dalam pembelajar­an teater juga perlu sesuai agar peserta tidak bosan dan hanya belajar separuh jalan.

Sementara itu, Jalaluddin memuji usaha DKL yang berjaya memupuk minat generasi muda terhadap dunia teater.

“Ini usaha yang sihat memandangk­an seni teater kini agak lesu. Ikutikan, ramai pelakon yang aktif muncul di kaca televisyse­n bermula dari pentas teater.

“Pelajar teater belajar apa matlamat hidup mereka, diterapkan disiplin dan pelbagai elemen positif. Bukan saja pentas teater, generasi muda ini juga boleh melebarkan sayap dengan menceburi lakonan drama radio.

“Pelajar teater juga tidak mudah lupa diri atau terkena kejutan budaya apabila diterima di arena komersial dan meniti populariti,” katanya.

Meskipun jadual seninya padat, Jalaluddin sanggup melapangka­n masa demi menjayakan bengkel ini.

“Seronok dapat berkongsi pengalaman dan ilmu dengan generasi muda. Ini salah satu cara saya mendekati mereka,” katanya.

Dalam bengkel itu, peserta dibahagika­n kepada tujuh kumpulan yang dinamakan P

Ramlee, Nordin Ahmad, Latifah Omar, Mat Sentul, Normadiah, Siput Sarawak dan Jins Shamsuddin. Mereka diberikan cabaran improvisas­i yang dimenangi kumpulan Mat Sentul.

Bengkel sama akan diteruskan lagi dengan pengambila­n pelajar baru pada 6 November. Mereka yang berminat boleh menghubung­i DKL untuk keterangan lanjut.

 ??  ?? PELAJAR bersama Rosli dan Jalaluddin.
PELAJAR bersama Rosli dan Jalaluddin.
 ??  ?? Alhamdulil­lah sejak DKL diwujudkan, saya sudah melahirkan ramai bakat baru yang menyerlah di pentas teater
Alhamdulil­lah sejak DKL diwujudkan, saya sudah melahirkan ramai bakat baru yang menyerlah di pentas teater
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia