Harian Metro

Kepelbagai­an ekspresi

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

8 artis pamer 76 karya daripada genre berbeza pada Pameran Amalgamati­on di Galeri Prima

Galeri Prima sekali lagi mengadakan pameran, kali ini diberi nama ‘Amalgamati­on’ dengan tema kepelbagai­an ekspresi.

Sebanyak 76 karya dipamerkan hasil seni lapan artis daripada pelbagai cabang seni visual yang menampilka­n genre berbeza.

Pengunjung pasti tidak jemu kerana setiap artis membawa identiti dan keunikan tersendiri dalam karya masing-masing dan lebih menarik ia tidak hanya tertumpu pada seni lukis.

Pameran yang mengetenga­hkan kepelbagai­an ekspresi itu turut membawa variasi dari segi medium diguna dalam penghasila­n karya.

Penulis tertarik dengan karya Norida Mohd Ali yang mengetenga­hkan lukisan potret tokoh terkemuka negara, antaranya Datuk Siti Nurhaliza.

Lebih menarik, setiap potret dihasilkan menggunaka­n alat kosmetik seperti gincu, pembayang mata, pemerah pipi, bedak muka dan pewarna kuku.

Penggemar tekstil pula pasti tidak mahu ketinggala­n menyaksika­n koleksi pereka fesyen dan tekstil Mohd Hafiz Drahman yang mempamerka­n corak dan pakaian rekaannya.

Beliau Hafiz mengetenga­hkan corak dan bentuk berulang di atas tekstil dengan gabungan warna harmoni dan serasi menjadikan pakaian dan tekstil diketengah­kan begitu indah ditatap.

Artis Saiful Amir Jaya Putera pula menghasilk­an dua jenis arca iaitu arca dinding dan arca berdiri yang menekankan elemen garisan dan ruang dalam kerja tangannya.

Bagi yang menantikan kemunculan karya seni percetakan, Dr Mohammad Khizal Mohamed Saat membawa hasil seni memfokuska­n kepada pergerakan dan tekstur cetak menggunaka­n campuran media.

Artis lain yang turut terbabit ialah Abdul Ghani Ahmad, Shahrul Anuar Shaari, Mohd Fahmi Mohd Taib dan Nazmi Ismail masing-masing menampilka­n lukisan dari pelbagai medium seperti warna air, cat minyak, akrilik, arang di atas kertas dan kanvas.

Pameran yang berlangsun­g sehingga 7 Oktober ini itu dibuka kepada orang ramai dan masuk percuma.

 ??  ?? PENGARCA Saiful Amir turut hasilkan karya arca dinding bagi menawarkan kepelbagai­an dan keunikan dalam kerja tangannya. PAMERAN AMALGAMATI­ON Artis: Berkumpula­n (Norida Mohd Ali, Abdul Ghani Ahmad, Dr Mohammad Khizal Mohamed Saat, Shahrul Anuar Shaari,...
PENGARCA Saiful Amir turut hasilkan karya arca dinding bagi menawarkan kepelbagai­an dan keunikan dalam kerja tangannya. PAMERAN AMALGAMATI­ON Artis: Berkumpula­n (Norida Mohd Ali, Abdul Ghani Ahmad, Dr Mohammad Khizal Mohamed Saat, Shahrul Anuar Shaari,...
 ??  ?? BARISAN artis yang hadir pada perasmian Pameran Almagamati­on yang sedang berlangsun­g di Galeri Prima. Dari kiri Abdul Ghani, Saiful Amir, Norida, Dr Mohammad Khizal, Mohd Hafiz dan Shahrul Anuar.
BARISAN artis yang hadir pada perasmian Pameran Almagamati­on yang sedang berlangsun­g di Galeri Prima. Dari kiri Abdul Ghani, Saiful Amir, Norida, Dr Mohammad Khizal, Mohd Hafiz dan Shahrul Anuar.
 ??  ?? ARCA hasil kerja tangan Saiful Amir memfokuska­n elemen garisan dan ruang.
ARCA hasil kerja tangan Saiful Amir memfokuska­n elemen garisan dan ruang.
 ?? FOTO ?? ABDUL Ghani menampilka­n koleksi lukisan landskap yang dihasilkan dari tahun berbeza menggunaka­n warna air di atas kertas.
FOTO ABDUL Ghani menampilka­n koleksi lukisan landskap yang dihasilkan dari tahun berbeza menggunaka­n warna air di atas kertas.
 ??  ?? ANTARA pengunjung yang hadir dan menghayati pelbagai cabang seni visual dan genre diketengah­kan pada pameran berkenaan.
ANTARA pengunjung yang hadir dan menghayati pelbagai cabang seni visual dan genre diketengah­kan pada pameran berkenaan.
 ??  ?? ARTIS Shahrul Anuar bersama lukisan abstrak yang menggabung­kan penggunaan pelbagai medium seperti akrilik dan arang di atas kanvas.
ARTIS Shahrul Anuar bersama lukisan abstrak yang menggabung­kan penggunaan pelbagai medium seperti akrilik dan arang di atas kanvas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia