Harian Metro

‘Saya tak sampai

-

Mohamad Rosli ambil alih pengurusan anak yatim selepas kematian pemilik asrama

DARI MUKA 1

Seterusnya, beliau menubuhkan Rumah Anak Yatim/Miskin Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam yang semua penghuniny­a lelaki.

Namun, tugas dipikul tanpa persediaan rapi menimbulka­n rasa terkilan di hatinya apabila kanakkanak itu dibawa tinggal sementara di rumahnya yang serba kekurangan di Kampung Kuala Samak, Kuala Ketil.

“Dengan keluasan rumah dan bilik tidak seberapa, saya terpaksa serahkan sebahagian daripada mereka kepada rumah anak yatim lain. Mulanya berbaki sembilan orang, namun baru-baru ini ada pihak menyerahka­n tiga lagi kanak-kanak menjadikan kini 12 orang perlu diuruskan,” katanya.

Mohamad Rosli yang lebih mesra dipanggil Ustaz berkata, rumahnya hanya ada dua bilik dan satu bilik air termasuk untuk kegunaan peribadi.

“Dengan hanya satu bilik tentu kurang selesa untuk dijadikan penginapan 12 kanak-kanak. Dari situ, saya mula terfikir untuk mencari dana bagi membina asrama tetapi tidak tahu bagaimana,” katanya

Selepas empat bulan mengambil alih urusan penjagaan kanak-kanak berkenaan, beliau bercadang menempatka­n mereka di bangunan khas. Antara sebabnya ialah bagi mengelak barang sumbangan orang ramai kepada anak yatim terbabit bercampur dengan barangan miliknya.

“Kalau berada di dalam rumah sama, bimbang ahli keluarga atau saudara saya terutama kanakkanak tersilap ambil atau menggunaka­n barang mereka kerana menyangka milik saya.

“Bagi mengelak kejadian seumpama itu, saya fikir elok diletakkan anak yatim terbabit dan semua barangan sumbangan orang ramai kepada mereka di tempat lain,” katanya.

Mohamad Rosli bercita-cita mahu membina sebuah asrama untuk anak yatim dan miskin yang dianggarka­n menelan kos RM70,000 di tanah yang sudah ada.

Menurutnya, daripada 12 penghuni sekarang, lima bersekolah rendah dan tujuh menengah dan tiga lagi tinggal di sekolah berasrama.

Hasrat murninya untuk membina asrama berkenaan bagaimanap­un terbantut kerana kekurangan dana.

Katanya, jika asrama itu berjaya dibina, beliau bercadang mengambil semula kanak-kanak yang diambil waris dan diserahkan ke rumah kebajikan lain.

Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin di bawah Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam ditubuhkan pada 18 Mei lalu dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan pada 5Jun.

Sebarang sumbangan boleh disalur ke akaun

Bank Islam atas nama Darul Aitam Enterprise, nombor akaun 0202001007­3465 atau datang sendiri ke Rumah Anak Yatim/Miskin Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam, 56, Kampung Kuala Samak, 09300 Kuala Ketil, Kedah. -Rashidah Ibrahim

 ??  ?? MOHAMAD Rosli (kanan) bersama Sham Malau.
MOHAMAD Rosli (kanan) bersama Sham Malau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia