Harian Metro

Nak beli kena ikut jadual roti dibakar

-

Seawal jam 7 pagi, Mokthar Ahmat memulakan tugas membuat roti dengan menghasilk­an adunan tepung menggunaka­n resipi tradisiona­l bersama air.

Adunan itu kemudian dimasukkan ke dalam mesin pembancuh tepung untuk memastikan­nya menghasilk­an roti bermutu tinggi.

Setiap hari dia membuat tiga adunan tepung berdasarka­n jenis roti yang mahu dihasilkan.

Selepas tepung diadun dengan sempurna, dia meletakkan­nya di atas meja untuk proses membuang kandungan oksigen dikenali sebagai ‘proses ikat’ sebanyak tiga kali.

Selepas proses itu selesai, bermula proses membuat doh mengikut jenis roti. Bagi roti berbentuk bulat, dia akan memasukkan inti kaya dan kelapa.

Doh itu diperam selama dua jam di atas tingkat para untuk memastikan­nya kembang sebelum dimasukkan ke dalam pembakar roti.

Sebelum itu, dia akan membakar kayu di dalam ‘ketuhar’ tradisiona­l selama beberapa jam untuk menghasilk­an haba mencukupi untuk membakar roti. Selepas dua jam, arang atau serpihan kayu dari pembakar roti itu dikeluarka­n.

Tempat pembakar roti itu perlu dibersihka­n dahulu sebelum memasukkan roti yang diletakkan dalam bekas khas menggunaka­n kayu panjang selama 20 minit.

Antara roti yang dihasilkan mengikut jam ialah kaya, kelapa dan kacang (11.30 pagi), bijan (12.15 tengah hari), krim dan bantal (1.15 tengah hari), paun dan bantal

(2.30 petang). Pelanggan perlu mengikut jadual pembakaran itu untuk membeli roti kegemaran masing-masing.

Taufik Rashep, 36, dari Batu Feringgi, Pulau Pinang, berkata setiap kali ke Slim River, dia akan membeli roti berkenaan sebagai buah tangan kerana seluruh ahli keluargany­a menyukainy­a.

“Roti di kilang ini berbeza rasanya iaitu lembut dan rangup di bahagian luar kerana dibakar dengan sempurna berbanding roti dihasilkan menggunaka­n kaedah moden,” katanya.

Rakannya juga dari

Pulau Pinang, Kamarul Azlan Abdul Hamid, 29, pula berkata, kini sukar mencari roti yang dihasilkan secara tradisiona­l menyebabka­n dia teruja membelinya sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.

“Walaupun terpaksa menunggu lama dan beratur di luar kilang, saya sanggup kerana berbaloi dan bukannya mudah mendapatka­n roti sebegini,” katanya.

Tidak hairanlah, ramai pengunjung mengambil kesempatan merakamkan gambar dan video bersama Mokthar Ahmat terutama di tempat dia membakar roti terutama golongan muda yang terpegun melihat cara roti itu dihasilkan.

 ??  ?? BEGINI keadaan di hadapan Kilang Roti Mokhtar setiap hari apabila pelanggan sanggup beratur untuk membeli roti.
BEGINI keadaan di hadapan Kilang Roti Mokhtar setiap hari apabila pelanggan sanggup beratur untuk membeli roti.
 ??  ?? TAUFIK
TAUFIK
 ??  ?? KAMARUL Azlan
KAMARUL Azlan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia