GAYA SANTAI 1970-AN
Apa persamaan antara Bruce Springsteen dan kemeriahan hip hop pada era lewat 1970-an?
Menurut Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers, kedua-duanya menjadi inspirasi kepada gaya jejaka Amerika yang santai.
Seperti yang dipertontonkan dalam himpunan Coach Men musim ini, dua elemen itu jelas menjadi nadinya yang dibahagikan kepada empat tema menarik.
Meet the Gothams, Classic, Graphic Cool dan Meet the Coach
Beast mempertaruhkan himpunan penuh gaya dengan hasil kerja tangan berkualiti tinggi.
Beg sandang, tote dan silang daripada material kulit berkualiti menerajui himpunan Meet the Gothams. Himpunan ini terarah kepada padanan beg sesuai dengan keperluan serta gaya yang ingin ditampilkan si jejaka.
Himpunan Classic lebih memberi tumpuan kepada helaian jaket dan parka. Pelbagai helaian jaket seperti bomber, varsiti dan hoodie ditambah baik dari segi rekaannya untuk koleksi musim ini.
Gaya santai dan cool pula ditampilkan pada himpunan Graphic Cool yang meneladani gaya jalanan.
Logo kapal roket dan dinosaur menjadi konsep latarnya berikutan minat mendalam Vevers pada dua subjek itu.
Manakala himpunan
Meet the Coach Beasts lebih kepada padanan yang saling melengkapi tiga himpunan sebelumnya dan menarik digayakan bersama beg pilihan.
Sementara itu, Craftmanship Bar iaitu ruang khas untuk memarap nama monogram turut diperkenalkan yang boleh didapati di butik Coach Suria KLCC.
Monogram yang diparap di tag kecil pada beg Coach ini boleh disesuaikan mengikut cita rasa pembeli.
Coach juga menyediakan pakar yang membantu memberi tip penjagaan barangan kulit yang dibeli.
Selain Kuala Lumpur, Craftmanship Bar juga disediakan di butik
Coach Hong Kong, Tokyo, Singapura, Shanghai, Paris dan New York.