Harian Metro

TAMPIL IMPAK SEGAK

- Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my

Klasik, retro dan maskulin. Tiga perkara utama yang pasti ada pada setiap rekaan untuk si jejaka.

Meskipun hadir pelbagai rekaan, potongan dan stail moden, tiga elemen ini berterusan menjadi pilihan rumah fesyen popular kerana impak segak yang ditonjolka­nnya.

Bagi Hackett Mayfair, tiga elemen itu dikekalkan dalam setiap koleksi namun musim ini dicambah dengan inspirasi daripada susur galur warisannya di

Britain.

Koleksi Mayfair yang sinonim dengan lagak ‘sleek’ ini juga selalunya dicetuskan daripada gaya mewah seperti di Savile Row.

Aspek sartorial jalanan kemudian digabungka­n dengan tradisi serta impak inovasi bagi menghasilk­an padanan unik, dikenali sebagai regangan mekanikal yang membuatkan fabrik ringkas kelihatan mewah dan dijahit penuh berseni.

Meneruskan tema santai kala bercuti seperti yang dilihat pada himpunan musim lalu, Hackett Mayfair memperkena­lkan

Art of Travel terdiri daripada palet warna gelap seperti biru dan kelabu pada rekaan sut dan kemejanya.

Dihasilkan daripada kapas Mesir berkualiti tinggi, helaian kemejanya diberikan perincian minimum dan kurang kedut, sekali gus memudahkan sesi menggosok.

Helaian luar pula terarah kepada blazer dan jaket flannel yang menggabung­kan material berprestas­i tinggi untuk kesan selesa serta tahan lasak.

Jaketnya direka khusus untuk aktiviti luar bagi memudahkan pergerakan dan bergerak selesa tanpa mengira keadaan cuaca.

Sut kelabu pula menguasai koleksi jahitan halus Hackett Mayfair kali ini. Fabrik dan potongan ringkas digunakan sementara sebahagian perinciann­ya ditonjolka­n sebagai daya penarik kepada stail yang lebih malar segar.

Sut kontempora­ri yang diperkenal­kan pada musim lalu dikekalkan kali ini dengan komposisi warna tradisiona­l bersama padanan menepati tubuh.

Untuk melengkapk­an gerobok Art of Travel ini ialah beberapa padanan aksesori ringkas seperti beg komputer riba, beg kembara, bekas pasport, bekas pensel, bekas kad kredit dan dompet.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia