MERANGKAK KE PUNCAK
berpengalaman termasuk pegawai perubatan.
Meskipun dalam kumpulan kecil iaitu lima orang, mereka menggalas misi besar untuk menawan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara.
“Misi pertama ke Gunung Kinabalu pada Januari lalu gagal ke puncak. Hanya berakhir di checkpoint terakhir iaitu di ‘Sayat-Sayat’. Kami tak berjaya ke puncak kerana saya terlalu letih dan mengalami kekejangan.
“Kali ini, saya nekad menawan puncak dan mungkin akan cuba melakukannya dalam tempoh kurang 10 hari seperti yang disasarkan,” katanya.
GUNUNG PERTAMA DIDAKI
Apabila ditanya apakah yang ingin dicapai dalam misi ini, Adam berkata, objektif utama untuk mengamalkan gaya hidup sihat tanpa sebarang diskriminasi mahupun kekangan fizikal.
Setakat ini, Adam sudah mendaki lebih 10 bukit di Malaysia dan Gunung Kinabalu adalah gunung pertama didakinya.
“Sebelum ini, sudah ada individu OKU yang mendaki Gunung Kinabalu, tapi dia masih memiliki sebelah kaki. Boleh dikatakan, saya adalah OKU pertama yang akan ‘merangkak’ dari awal hingga ke puncak,” katanya.
DAPAT TAJAAN SUUNTO
Keistimewaannya itu mendapat perhatian jenama jam terkenal, Suunto untuk menaja sepasang jam bagi membolehkan dia merekod sepanjang perjalanan.
Adam dan ahli ekspedisinya ditemui Gen Y pada sesi penyerahan jam terbaru keluaran Suunto iaitu Suunto Spartan Ultra di kedai Solar,Time Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Dengan jam ini, saya boleh rekod segala data, masa, trek dan sebagainya untuk dijadikan fakta.
Saya ingin nama saya disenaraikan dalam Malaysia Book of Records atas usaha ini dan memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.
Misi remaja jadi OKU tanpa kaki pertama tawan Gunung Kinabalu