Harian Metro

Parkir kereta terhad

-

<<DARI MUKA 1

Keadaan itu secara tidak langsung mengganggu laluan kerana jalan menjadi sempit sehingga menimbulka­n kemarahan penghuni lain ditambah pula kenderaan terbiar berkenaan turut menjadi mangsa vandalisme termasuk cermin dipecahkan, diconteng, tempat buangan sampah-sarap selain dibakar.

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan kenderaan lain yang digunakan penduduk terpaksa diletakkan di tengah jalan disebabkan ‘bangkai besi’ yang ditinggalk­an sudah memenuhi ruang meletak kereta.

Penduduk Zalina Abd Hamid, 43, berkata, tindakan tidak bertanggun­gjawab segelintir individu yang meninggalk­an kereta rosak atau tidak digunakan di kawasan tempat letak kenderaan menyebabka­n penduduk terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tengah jalan.

“Jangankan dipecahkan, malah sudah dibakar pun mereka masih berdegil untuk mengalihka­nnya (kereta berkenaan). Mereka seperti tidak memikirkan keperluan penghuni lain kerana kehadiran puluhan yang tidak dialihkan terbabit menyebabka­n ruang parkir yang disediakan menjadi terhad.

“Apabila kereta diletakkan di tengah jalan, kenderaan kami pula berisiko dirempuh oleh kenderaan lain sedangkan banyak parkir yang kosong sekiranya kereta-kereta rosak ini dialihkan.

“Pada waktu malam, kawasan PPR ini menjadi sesak kerana penduduk ramai pulang dari kerja. Andai ada kecemasan membabitka­n ambulans dan bomba, bagaimana mereka mahu masuk kerana laluan semakin sempit,” katanya ditemui di PPR Desa Rejang, di sini, baru-baru ini.

Katanya, kebanyakan kereta rosak yang ditinggalk­an di kawasan parkir itu mengundang kepada gejala vandalisme dan kecurian apabila dipecahkan oleh pihak tertentu untuk mendapatka­n alat ganti.

Pekerja pembersiha­n Tijah Osman, 63, berkata dia sukar untuk menyempurn­akan tugasnya untuk menyapu di tempat letak kereta kerana ada puluhan kenderaan yang ditinggalk­an untuk tempoh berbulan-bulan sehingga menyebabka­n banyak sampah terkumpul di bawahnya.

“Saya sering ditegur oleh majikan kerana tidak menyapu keseluruha­n tempat, tetapi apa saya boleh buat jika kawasan parkir itu ada sebaris kereta yang rosak ditinggalk­an begitu sahaja dengan bekas lumpur, sampah dan bangkai di bawahnya.

“Apa salahnya jika kenderaan itu dialihkan dan dijual kepada kedai besi buruk daripada dibiarkan begitu sahaja sehingga menjadi mangsa vandalisme,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pengurusan, Perumahan dan Pembanguna­n Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohd Muzammer Jamaludin berkata, pihaknya sering melakukan operasi menarik kenderaan yang ditinggalk­an itu sebagai jalan penyelesai­an.

“Notis selama tujuh hari dikeluarka­n kepada pemilik kereta berkenaan untuk mengalih kenderaan mereka dan DBKL akan menarik kereta terbabit jika didapati gagal berbuat demikian.

“Pihak kami akan mengikut jadual yang ditetapkan untuk mengambil kereta buruk yang ditinggalk­an di seluruh PPR sekitar Kuala Lumpur untuk dihapuskan,” katanya.

Katanya, aduan awam yang diterima berkaitan kereta rosak yang ditinggalk­an juga akan diambil kira sebelum tindakan menarik kenderaan itu dilakukan mengikut jadual penggilira­n PPR.

„ Aktiviti vandalisme turut berlaku di kawasan penduduk

 ??  ?? KENDERAAN rosak jejas parkir penduduk.
KENDERAAN rosak jejas parkir penduduk.
 ??  ?? TIJAH sukar menyapu sampah.
TIJAH sukar menyapu sampah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia