Harian Metro

Titik berat jaga alam sekitar

- Ayusliza Azizan hmetroshah­alam@hmetro.com.my

„ 200 sertai program tanam 600 batang pokok di sekitar Klang

Majlis Perbandara­n Klang (MPK) menanam 600 batang pokok dalam memastikan alam sekitar sentiasa terpelihar­a di samping memupuk kesedaran menanam pokok dalam kalangan penduduk di daerah itu.

Seramai 200 peserta menyertai Program Tanam Pokok di Persiaran Seraya, Pegaga dan Lebuh Turi hujung minggu lalu.

Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, MPK sentiasa memberi penekanan dalam hal berkaitan alam sekitar dan amalan pembanguna­n terancang serta menitikber­atkan kehijauan persekitar­an.

“Salah satu aktiviti atau penekanan dalam hal berkaitan alam sekitar ialah menanam pokok yang sudah pasti memberi manfaat kepada persekitar­an.

“Program ini bermula dalam kalangan kakitangan MPK bagi menunjukka­n contoh dan menimbulka­n rasa prihatin di dalam diri mereka berkaitan kepentinga­n penjagaan alam sekitar khususnya di kawasan Klang,” katanya.

Beliau berkata, bagi menjayakan­nya, pembabitan semua pihak diperlukan terutama di kalangan generasi muda dan mereka hendaklah didedahkan dengan kepentinga­n pokok kepada alam sekitar serta kehidupan serta kerjasama penduduk juga menjadi asas kepada kejayaan program seperti itu.

Katanya, orang ramai terutama penduduk di daerah itu disaran menanam pokok di kawasan perumahan masing-masing di samping mengindahk­an landskap kawasan kediaman mereka.

“Penyelengg­araan serta penjagaan pokok yang ditanam itu juga perlu dititikber­atkan supaya pokok itu tumbuh subur dan memberi kesan kepada alam sekitar,” katanya.

Menurutnya, MPK mengalu-alukan persatuan penduduk yang ingin menanam pokok di sekitar kawasan perumahan mereka dan MPK akan menyediaka­n pokok secara percuma bagi tujuan itu.

 ??  ?? MOHAMAD Yasid menyiram pokok sempena Program Tanam Pokok di Persiaran Seraya, Persiaran Pegaga dan Lebuh Turi.
MOHAMAD Yasid menyiram pokok sempena Program Tanam Pokok di Persiaran Seraya, Persiaran Pegaga dan Lebuh Turi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia