38 kakitangan Malaysia Airports sertai SLDN
Sepang: Seramai 38 kakitangan Jabatan Kewangan Malaysia Airports Holding Berhad (Malaysia Airports) menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), sekali gus melayakkan mereka menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga.
Ketua Pegawai Kewangan Malaysia Airports Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, program khusus untuk kakitangan jabatan itu sudah bermula sejak 1 Julai 2014 ditawarkan kepada pekerja bukan eksekutif yang mempunyai pengalaman minimum 10 tahun dalam bidang kewangan.
Katanya, ia adalah satu pendekatan baharu dalam latihan kemahiran bagi membangunkan kompetensi tenaga kerja berkemahiran berorientasikan industri melalui 30 peratus teori dan 70 peratus praktikal di tempat kerja.
“Sementara modul pembelajaran bagi program ini hasil perbincangan dan pembangunan idea di antara tenaga pengajar dan jurulatih yang terbabit bagi memastikan modul dihasilkan mampu memberi impak dan relevan dengan perkembangan dan permintaan semasa industri.
“Program ini secara langsung memberi kesan kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berupaya melahirkan pekerja mahir yang berdaya saing serta mampu memperkemas sistem penyampaian perkhidmatan,” katanya pada majlis penyampaian sijil kepada graduan, di sini.
Turut hadir Pengurus Besar Kanan Bahagian Sumber Manusia Malaysia Airports Md Shamsuri Md Isa dan Pengurus Besar Kewangan Malaysia Airports Nornajihah Ismail.
Raja Azmi berkata, kakitangan yang sudah berjaya mendapatkan SKM berpeluang memohon keadalah kosongan bagi jawatan lebih tinggi bergantung kepada kekosongan jawatan dan kelulusan yang bersesuaian.
Katanya, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk membuka peluang kepada kakitangan bukan eksekutif untuk meningkatkan pencapaian diri mereka melalui Upward Mobility Scheme (UMS) yang diperkenalkan Khazanah Nasional.
“SLDN dilaksanakan bagi