Harian Metro

Jual barang terpakai

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

„ Program amal CBS bertema alam sekitar dapat sambutan pengunjung

Menjual barangan kitar semula dan pada masa sama, menggalakk­an orang awam melaksanak­an amalan membantu mereka yang kurang berkemampu­an serta memerlukan pertolonga­n.

Ia konsep jualan amal ‘Charity Car Boot Sales’ (CBS) anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), di sini.

Pengurus Charity Shoppe IRM, Datin Norelan Ismail berkata, program yang menggunaka­n tema ‘Lets Go Green’ mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai termasuk masyarakat setempat dengan kehadiran lebih 100 pengunjung.

“Bersesuaia­n dengan tema alam sekitar, seramai 25 vendor yang menyertai jualan, di sini, perlu memastikan barangan yang dijual adalah kitar semula.

“Mereka tidak digalakkan menjual barangan baru, makanan serta minuman,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu turut menampilka­n pelbagai aktiviti lain seperti rekaan inovasi daripada barangan kitar semula serta sembang santai bersama tetamu undangan dan sudut penceramah yang memberi ruang kepada sesiapa untuk menyampaik­an ucapan atau memberi pendapat.

Katanya, aktiviti itu akan terus diadakan pada masa akan datang, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai melaksanak­an kerja amal membantu mereka yang memerlukan.

Norelan berkata, selain penduduk setempat, program berkenaan turut dihadiri pensyarah dan penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam sokongan kepada aktiviti kemasyarak­atan.

Selain jualan, ia turut dihadiri penyanyi nasyid, Daqmie bersama personalit­i televisyen Ustaz Shahrul Faizie.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA barang kitar semula yang dijual di jualan amal CBS.
Abidin. amal CBS di Masjid Sultan Mizan Zainal PETUGAS IRM yang menganjurk­an jualan
ANTARA barang kitar semula yang dijual di jualan amal CBS. Abidin. amal CBS di Masjid Sultan Mizan Zainal PETUGAS IRM yang menganjurk­an jualan
 ??  ??
 ??  ?? BARANGAN yang dijual disyaratka­n kitar semula.
BARANGAN yang dijual disyaratka­n kitar semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia