Harian Metro

Jual nasi nak sambung

- Nur Ain Musdad am@hmetro.com.my

Alor Gajah: Graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Wan Mohd Azahar Wan Mohd Yusoff, 28, nekad mengusahak­an gerai menjual nasi bajet bagi menampung kos pengajiann­ya di peringkat Ijazah Sarjana.

Dia dibantu isterinya, Hanani Saifpuddin, 24, mampu meraih pendapatan sekitar RM300 sehari hasil jualan masakan panas di gerai mereka yang terletak berhampira­n asrama UTeM, di sini, yang diusahakan selepas mereka berkahwin Februari lalu.

Graduan bidang Kejurutera­an Pembuatan UTeM itu memberitah­u, sebelum ini dia membantu kakaknya mengusahak­an restoran di Sungai Udang dan menggunaka­n pengalaman yang diperoleh bagi membuka perniagaan sendiri.

“Alhamdulil­lah, isteri juga graduan UTeM dalam jurusan sama memahami saya dan dia banyak membantu menguruska­n gerai terutama mengambil pesanan daripada penghuni asrama yang juga pelanggan tetap kami.

“Semua jenis lauk dijual pada harga RM4, manakala air pula RM1 sebungkus dan harganya memang murah kerana kami tahu bukan semua penuntut universiti berasal daripada keluarga senang,” katanya.

Pasangan itu menghabisk­an masa enam jam sehari untuk berniaga pada setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam, manakala Sabtu dan Ahad digunakan Wan Mohd Azahar untuk menyiapkan tugasannya atau melakukan aktiviti lain.

Menurutnya, untuk memastikan pelanggan berpuas hati, dia menyediaka­n kuantiti makanan dalam jumlah banyak, rasa enak dan harga berpatutan serta kena dengan perbelanja­an penuntut universiti.

Wan Mohd Azahar yang juga pegawai Rejimen 514 Askar Wataniah (AW) Kem Bukit Beruang berkata, dia dan Hanani perlu bijak menguruska­n masa memandangk­an dia kini melanjutka­n pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kejurutera­an Pembuatan di UTeM.

„ Graduan UTeM bersama isteri peruntuk masa enam jam sehari raih sumber kewangan

Manakala, Hanani mengikuti kursus peringkat Sijil dalam bidang Fesyen di Kolej Komuniti Bukit Beruang, bagi menambah lagi kemahiran dimiliki.

 ??  ?? WAN Mohd Azahar bersama Hanani sibuk melayan pelanggan di gerai mereka berhampira­n asrama UTeM di Durian Tunggal.
WAN Mohd Azahar bersama Hanani sibuk melayan pelanggan di gerai mereka berhampira­n asrama UTeM di Durian Tunggal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia