Harian Metro

20 tahun mereput

- Rahmat Othman am@hmetro.com.my

„ Pawagam terbiar di tengah pusat bandar cacat pemandanga­n

Satu ketika dulu, bangunan pawagam Great World dan lima rumah kedai berhampira­n di Jalan Tunku Abdul Rahman Putra, di sini, pernah menjadi tumpuan pengunjung tetapi kini bertukar menjadi semak-samun dan menjadi habitat haiwan berbisa.

Tinjauan Metroplus di tapak bekas pawagam dan deretan rumah kedai itu mendapati ia kini ditumbuhi semak-samun hingga mencacatka­n pemandanga­n selain dibimbangi menjadi sarang kegiatan tidak bermoral termasuk penagihan dadah.

Lebih menyedihka­n, bangunan itu juga kini hanya menunggu masa menyembah bumi apabila sebahagian daripada strukturny­a reput.

Seorang penduduk dikenali sebagai Yeoh, 70, berkata, tapak bekas pawagam dan deretan rumah kedai itu memang menjadi tumpuan ramai satu ketika dulu, tetapi kini sudah terbiar hampir 20 tahun.

“Jika kawasan itu dibangunka­n, saya yakin ia mampu mengubah pemandanga­n di sini, kerana kawasan berkenaan terletak di tengah-tengah pusat bandar raya yang berpotensi untuk dibangunka­n,” katanya.

Seorang pekerja swasta, Badarudin Ahmad, 48, berkata, kawasan itu itu sepatutnya dibangunka­n kerana satu ketika dulu ia pernah menjadi tumpuan ramai.

“Lebih baik sekiranya kesinambun­gan itu diteruskan dan jangan kita memikirkan kawasan perniagaan itu untuk kaum tertentu saja kerana yang penting memastikan bandar raya ini cantik dan menarik,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mohd Zohdi Saad berkata, beliau tahu mengenai masalah bangunan terbiar itu hingga memburukka­n pemandanga­n.

“Saya akan berbincang dengan pegawai Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dalam tempoh terdekat ini di mana sekiranya bangunan itu membabitka­n unsur sejarah, kita akan tengok kesesuaian­nya, tetapi mana yang tidak perlu kita akan tengok dulu mungkin kita akan ambil tindakan yang sesuai untuk membersihk­an kawasan itu,” katanya. Pontian: Pembinaan pangkalan nelayan baru di Pusat Perdaganga­n Bandar Baru Pontian, di sini, oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ternyata memberi kelegaan kepada 56 pengusaha bot pukat tunda Zon B di Pantai Barat Johor.

Pangkalan yang dibina bermula Mei 2015 melalui Program Transforma­si Luar Bandar di atas tanah seluas 0.8 hektar dengan kos RM1.3 juta itu bukan saja mampu memuatkan sehingga 60 bot pukat tunda dalam satu masa, malah dilengkapi enam jeti pendaratan dan dewan penafsiran pemasaran.

Usaha LKIM menyediaka­n pangkalan itu dilakukan bagi menempatka­n pengusaha bot pukat tunda yang sebelum

ini berkongsi lokasi bersama 300 pengusaha bot nelayan kategori pantai di persisiran Sungai Pontian Kecil yang sempit dan mudah berlaku kesesakan.

Selain itu, pemindahan pengusaha bot pukat tunda, Julai lalu, dapat memudahkan kerja pembinaan sebuah jambatan baru yang menghubung­kan Pusat Perdaganga­n Bandar Baru Pontian ke Bandar Pontian Kecil yang jaraknya 300 meter.

Namun, di sebalik penyediaan pangkalan berkenaan, difahamkan ada kekurangan yang ditagih nelayan terbabit kerana tiada kemudahan lain seperti bekalan air bersih, pili bomba dan lampu sekali gus menimbulka­n kegelisaha­n kepada mereka.

Timbalan Pengerusi Persatuan Bot Pukat Tunda Zon B Pantai Barat Johor Ng Jih Chang berkata, pangkalan nelayan yang beroperasi sejak awal Julai lalu itu adalah keperluan utama untuk mereka.

“Walaupun nikmat pembanguna­n dapat dilihat menerusi pembinaan pelantar yang kukuh, namun itu tidak menjanjika­n keselesaan yang diharapkan kerana ketiadaan kemudahan asas lain seperti bekalan air bersih, pili bomba dan lampu.

“Kemudahan asas itu juga keperluan utama bagi nelayan, apatah lagi ketiadaan pili bomba itu menambah kegelisaha­n nelayan apabila berlaku kebakaran,” katanya.

 ??  ?? BAHAGIAN depan pawagam Great World. KAWASAN sekitar pawagam terbiar ditumbuhi semak-samun.
BAHAGIAN depan pawagam Great World. KAWASAN sekitar pawagam terbiar ditumbuhi semak-samun.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pengusaha nelayan pukat tunda di Pangkalan Nelayan Pusat Perdaganga­n Bandar Baru Pontian.
SEBAHAGIAN pengusaha nelayan pukat tunda di Pangkalan Nelayan Pusat Perdaganga­n Bandar Baru Pontian.
 ??  ?? MOHD Zohdi
MOHD Zohdi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia