Harian Metro

Tingkatkan simpanan ketika usia muda

-

Keinginan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik selepas bersara adalah impian paling utama bagi setiap mereka yang bekerja ketika ini supaya tidak kekok kelak.

Malah, kebanyakka­n individu akan mengalami tempoh persaraan ketika tempoh usia mencecah sekitar 55 tahun dan ke atas dan sudah tentu inginkan kehidupan tenang tanpa sebarang kesulitan.

Jadi, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk meningkatk­an hasil simpanan di waktu muda dan tidak hanya tertumpu kepada potongan gaji setiap bulan disalurkan ke dalam akaun individu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Maka, pencarum tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada KWSP kerana kajian menunjukka­n simpanan daripada dana itu hanya mencukupi untuk tempoh singkat dan perlu mempunyai strategi simpanan pelbagai bagi meneruskan kelangsung­an hidup.

Malah, individu turut dinasihatk­an menyimpan 50 peratus daripada gaji yang diterima setiap bulan meliputi instrumen-instrumen kewangan sama ada unit amanah, saham atau dibank bagi mendapatka­n pulangan berbentuk dividen.

Perancang Kewangan merangkap Pengarah Urusan Life Success Resources, Dr Niki Shuhada Shukor berkata, mereka yang bekerja tidak seharusnya membazirka­n gaji bulanan kerana mereka perlu bijak membahagik­an wang bagi kegunaan diri sendiri, keluarga dan simpanan.

Beliau berkata, mereka yang mengalami kesukaran ketika bersara ketika ini adalah golongan yang tidak mempunyai perancanga­n kewangan bersepadu sejak usia muda.

“Kita tidak boleh bergantung kepada simpanan KWSP semata-mata untuk meneruskan kelangsung­an hidup apabila bersara nanti. Jika kita menceburka­n diri dalam pelaburan seperti ASB dan produk unit amanah, sudah tentu hidup akan menjadi lebih mudah kerana ia akan memberikan pulangan yang lebih baik,”katanya.

Menerusi kajian yang dilakukan KWSP mendapati majoriti ahli dengan simpanan RM50,000 boleh menghabisk­annya dalam tempoh singkat dan isu itu menjadikan pesara berkemungk­inan berdepan masalah kewangan untuk perbelanja­an lebih penting seperti perubatan dan sara hidup.

Lebih membimbang­kan apabila hasil kajian mendapati sekurang-kurangnya 70 peratus pencarum KWSP mengeluark­an sepenuhnya caruman pada usia 55 tahun, menghabisk­an wang simpanan itu dalam tempoh satu hingga 10 tahun selepas bersara.

„ Seramai 80 hingga 90 peratus pencarum KWSP hanya miliki simpanan asas bawah RM100,000

 ?? Rohani ?? Musibah boleh berlaku tanpa disangka maka pendapatan masa depan kita perlu
dilindungi
Rohani Musibah boleh berlaku tanpa disangka maka pendapatan masa depan kita perlu dilindungi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia