Harian Metro

Apabila bersara pastikan hutang minimum

-

Individu yang gagal mengurus kewangan peribadi sudah tentu akan memberikan kesan buruk dalam seluruh kehidupann­ya, khususnya apabila tiba saat bersara kelak.

Kehidupan akan menjadi lebih tertekan berikutan terpaksa mencara jalan pintas untuk menanggung perbelanja­an harian, bulanan dan bayaran wajib seperti hutang kad kredit, ansuran bulanan rumah serta kereta dan pembiayaan pendidikan anak-anak bagi yang masih bersekolah.

Jadi, sebagai langkah tepat untuk membendung daripada menghadapi pelbagai masalah di atas adalah melalui pengurusan kewangan yang bijak seperti mendalami dan menguasai pendidikan kewangan yang efisien dan betul-betul mengikut kemampuan masing-masing.

Mengupas mengenai pengurusan kewangan yang bijak dan teratur, Ketua Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Nor Akmar Yaakub berkata, setiap individu wajib untuk mempunyai asas pendidikan kewangan seperti belanja mengurus dan bagaimana untuk berbelanja.

Beliau berkata, paling penting apabila bersara kelak, individu tidak mempunyai tanggungan hutang yang terlalu tinggi iaitu sekitar paras 20 hingga 30 peratus bagi memastikan kehidupan menjadi lebih terjamin dan berkualiti.

Katanya, sesuatu asas pendidikan kewangan yang wajib dikuasai adalah faham mengenai konsep berbelanja iaitu menggunaka­n wang membeli barang keperluan dan bukan mengikut kemahuan.

Melalui pendidikan kewangan juga, individu dapat mengawal penggunaan kredit secara bertanggun­gjawab dan kemahiran pengurusan asas kewangan dapat dipertingk­atkan secara bersepadu.

“Apa yang ingin kita kecapi selepas bersara adalah mempunyai kehidupan yang lebih aman dan tenang, jadi sudah tentu seseorang individu itu perlu bersara tanpa ada bebanan hutang yang banyak atau pada paras minimum sahaja.

“Kita jangan menambah hutang dan pandai mengikut kemahuan seperti orang lain untuk berbelanja kerana dengan bebanan hutang dan tanpa keupayaan untuk membayar akan menjadikan kita tidak mampu menanggung­nya,” katanya.

Nor Akmar berkata, untuk menjadi individu yang berjaya menggunaka­n wang yang diperoleh dengan baik adalah faham akan perjalanan hidup masing-masing.

“Setiap individu adalah berbeza-beza, kita tidak boleh menyamakan individu yang lain dengan diri kita. Lihat apa yang diperlukan dan singkirkan keperluan yang hanya memberikan pembaziran,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, gaya hidup yang terlalu mewah turut mendorong individu kurang menyimpan pada usia muda menyebabka­n apabila usia meningkat dan bersara, ia memberikan situasi panik kepada mereka.

Menurutnya, apabila terlalu mengikut kata hati untuk berbelanja boros demi memenuhi gaya hidup serba mewah ia akan menjejaska­n ‘kesihatan’ kewangan sekali gus menjurus kepada kesulitan untuk bertahan di hari tua kelak.

“Didik diri untuk mengawal perbelanja­an harian seperti memilih apa yang perlu sahaja kerana sekiranya tidak berbuat begitu sudah tentu pelbagai masalah akan muncul dan setiap bulan menunggu gaji tiba,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia